PETRA JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar
Mohamad Asfia Awang Nassar, menghantar notis kekosongan kerusi DUN Pujut
kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Keputusan menghantar notis berkenaan dibuat berdasarkan Artikel 21 (5)
Perlembagaan Negeri Sarawak, susulan pemecatan wakil rakyat DAP, Dr Ting
Tiong Choon, Jumaat lalu.
Mohamad Asfia berkata, tindakan DAP Sarawak berhasrat menyaman DUN dan
Speaker tidak akan menghentikan keputusan penghantaran notis berkenaan
yang dibuat berasaskan undang-undang.
"Terpulang kepada mereka mahu menyaman, saya melakukan mengikut kuasa
yang diperuntukkan kepada Dewan," katanya dalam sidang media di DUN
Sarawak, di sini sebentar.
Berikutan penghantaran notis itu, Pilihan Raya Kecil DUN Pujut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Dr Tiong Choon dipecat daripada DUN Sarawak kerana mempunyai warga
negara Australia, mendaftar sebagai pengundi di negara berkenaan dan
sudah berikrar taat setia di negara sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan