SERDANG: Polis sudah mengenalpasti identiti dua suspek yang terbabit
dalam kes samun dan rogol di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara,
Puchong, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin
Megat Alias, berkata polis kini sedang mengesan suspek terbabit.
Megat Mohamad Aminuddin berkata, pemilik premis berkenaan juga tampil membuat laporan polis, semalam.
"Pemilik premis, seorang lelaki berusia 40 tahun tampil membuat laporan
polis jam 4.23 petang semalam dan siasatan secara terperinci sedang
dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak Jumaat lalu, satu rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian samun
dan rogol, viral di media sosial dan dikatakan berlaku di sebuah pusat
judi berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan