Perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia dijadualkan semula pada 5 Oktober 2017.
KUALA
LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan perlawanan pusingan
akhir kelayakan Piala Asia AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia,
yang dijadualkan di Pyongyang 8 Jun, harus ditunda disebabkan ketegangan
geopolitik di Semenanjung Korea.
“Walaupun AFC telah mencadangkan pada 8 Mei 2017 bperlawanan itu – yang ditunda dari 28 Mac 2017 – diadakan di ibu negara Korea Utara itu, perkembangan terkini memaksa AFC untuk menimbang semula keputusan itu atas alasan keselamatan dan sekuriti,” kata kenyataan itu.
AFC akan memantau dengan rapi situasi keselamatan dan sekuriti pada bulan-bulan akan datang.
AFC juga aan memantau perlawanan Piala AFC antara Kigwancha SC (DPR Korea) menentang Erchim FC (Mongolia) yang akan berlangsung pada 31 Mei serta pusingan kelayakan Bawah 23 Tahun AFC – Kumpulan G yang akan dihoskan di Pyongyang dari 19 hinggga 23 Julai.
Selepas perlawanan tersebut, AFC akan membuat keputusan mengenai tempat perlawanan bagi pusingan kelayakan Piala Asia AFC pada 5 Oktober.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan