Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI
– “Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir ke dalam program anjuran
kerajaan. Salahkah PAS mengambil pendekatan Politik Matang Dan Sejahtera
untuk bersama agensi kerajaan, bukan program parti.
“Hanya
orang yang cacat penglihatan dan pendengaran sahaja yang berkata
demikian. Hatta pertemuan antara G to G pun tidak boleh, terus dilebel
UG. Lebel inilah seolah-olah ma’thurat golongan ini sejak 2008. Ertinya
semua pemimpin PAS tidak boleh, mereka boleh. Kalau mereka buat, ini
“engagement”. Kalau PAS buat dilebel UG.
“Yang
paling lucu, ada yang mengatakan pemimpin PAS akan disambar oleh api
neraka kerana sepentas dengan pemimpin umno. Mereka membaca ayat
al-Quran bermaksud, “Jangan kamu condong kepada kezaliman, maka kamu
akan disentuh oleh api neraka.”
Demikian
bidas Naib Presiden PAS, Idris Ahmad terhadap parti serihan mereka,
Parti Amanah Negara (PAN) yang sering mencari senjata untuk menyerang
PAS dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan.
Mempertahankan
tindakan pemimpin parti itu, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang menghadiri program kerajaan yang bukan anjuran UMNO,
beliau berkata, sepanjang muktamar di Kedah minggu lalu, pucuk pimpinan
PAS berterusan mengkritik kerajaan dan seteru politik tradisinya,
Barisan Nasional (BN).
Katanya,
kehadiran Abdul Hadi di mana-mana acara kerajaan, pastinya tidak
disenangi pihak tertentu yang terus melabelnya sebagai UG, termasuk
Multaqa Ulama anjuran Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, kedua
program solidariti untuk Ronghingya, food flotilla for Rohingya dan
Abdul Hadi bersama program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
di Marang.
Katanya,
PAS tidak pernah cemburu jika ada di kalangan pemimpin pakatan harapan
bersama dengan UMNO, dan mengetahui terdapat pertemuan di London
diadakan satu ketika dahulu antara mereka.
“PAS tidak
ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa.
Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno
sebelumnya.
“Apa yang
pelik dalam masa yang sama, mereka menuduh PAS diresapi dengan pengaruh
IS, Taliban, Daesh. Kalau ini pendekatan PAS, maka PAS tidak tidak akan
hadir program kerajaan. PAS tidak akan mengambil pendekatan demokrasi.
Kalau hendak tuduh PAS biarlah jangan flip flop,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan