PERMATANG PAUH: Seorang lelaki maut selepas dipercayai bergelut dengan
adiknya dalam kejadian di Kampung Samagagah, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik
Ros Azahan Abd Hamid berkata, mangsa, Lim Poh Hau, 59, ditemui terbaring
dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan rumahnya pada pukul 7.50
pagi.
Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan mangsa telah
meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah
siasat.
“Sehubungan itu polis telah menahan adik mangsa yang berusia 48 tahun untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan