Oleh Ainor Rahim
PETALING JAYA: DAP perlu membuktikan bahawa ia parti demokratik dengan
mengubah kepimpinannya terlebih dahulu, sebelum mengajak rakyat mengubah
negara.
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata demikian
merujuk kepada tindak tanduk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang
didakwanya 'kuku besi' serta tidak mengamalkan sistem demokrasi dalam
memimpin parti berkenaan.
"DAP parti yang tidak demokratik. Jika DAP mahu memberi inspirasi
kepada rakyat Malaysia untuk mengubah kepimpinan negara, mereka patut
tunjuk dahulu mereka amal demokrasi.
"Oleh kerana mereka kata mereka amalkan prinsip demokrasi, jadi mereka
perlu menjelaskan dulu kepada umum pendirian mereka terhadap
perlembagaan negara.
"Mereka asyik melaungkan ‘ubah’ sebagai cogan kata mereka dengan
harapan seluruh rakyat akan mengubah negara, tapi sebelum DAP harap
rakyat akan ubah, DAP perlu ubah dahulu. Tapi ini perkara yang takkan
berlaku.
"Jemputan saya pun untuk berdebat pun tidak dilayan, saya bukan mahu
buat cabaran, saya hanya mahu beri dia (Kit Siang) ruang yang besar
untuk bercakap kepada rakyat negara," katanya dalam sidang media di
sini, sebentar tadi.
Pada masa yang sama, Tunku Aziz turut mendakwa wujudnya perjanjian
sulit antara pemimpin tersebut berhubung jawatan tertinggi dalam pakatan
pembangkang.
Walaubagaimanapun, beliau enggan mendedahkan individu yang menjadi 'sumber'nya dengan lebih lanjut.
Beliau dalam pada itu sekali lagi 'menjemput' Kit Siang untuk mengadakan debat 'mesra' secara terbuka dengannya.
Jemputan debat yang dibuat sejak 4 April lalu bagaimanapun masih tidak menerima sebarang jawapan dari Kit Siang sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan