KUALA LUMPUR Jawatan Exco yang disandang oleh ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor tidak boleh dilucutkan dengan mudah.
Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana PAS mengadakan
bai’ah iaitu rukun yang mengikat pemimpin dan rakyat dengan hukum Allah
dan ia diwajibkan kepada setiap calon bertanding dalam pilihan raya.
“Setelah
mereka menang terus diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan EXCO yang
dipegang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang tidak
boleh diberhentikan dengan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut
secara mudah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam
Mengulas
lanjut, Abdul Hadi berkata, PAS berpegang kepada beberapa komponen utama
dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri
iaitu yang pertama adalah Islam sebagai agama negara.
“Yang
keduanya pula, institusi raja berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat
yang mengundi juga wajib diambil kira, bukan sahaja parti yang
bertanding dan calon yang menang dipilih rakyat sama ada di atas nama
dirinya atau parti,” katanya.
Sehubungan
itu, Abdul Hadi mengingatkan PKR agar jangan terlalu bermain politik
tanpa memandang kepada segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi
rukunnya.
“Peristiwa
bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat, ‘Langkah
Kajang’ yang salah dan membebankan rakyat serta Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah sepatutnya menjadi pengajaran,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan