SHAH ALAM: DAP menyerahkan kepada PKR untuk membuat keputusan dalam
menyerahkan beberapa kerusi tertentu kepada Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang,
kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.
"Terpulang kepada PKR untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengan kerusi (mereka)," katanya yang dipetik Malaysiakini.
Namun katanya DAP tidak terlibat dalam tindakan PKR itu.
"Isu DAP menyerahkan kerusi kepada PPBM tidak timbul,” katanya.
Guan Eng berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata parti itu tidak mempunyai
masalah untuk menyerahkan beberapa kerusi miliknya kepada BERSATU untuk
bertanding pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
DAP lazimnya bertanding di kawasan majoriti Cina atau kerusi campuran
yang juga ditandingi oleh parti-parti bukan Melayu dalam Barisan
Nasional (BN) iaitu Gerakan, MCA atau MIC.
Kekuatan PPBM dipercayai terletak di Kedah memanadangkan pengerusi
parti itu yang juga adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed
dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang juga adalah bekas menteri besar
berasal dari negeri berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan