Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membidas
kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta supaya
mengembalikan kerusi yang 'dipinjamkan' kepada parti itu.
"Meminta supaya kembalikan kononnya 'kerusi yang
dipinjamkan' adalah tidak produktif memandangkan matlamat yang sentiasa
perlu ada ialah 'apa yang sentiasa terbaik untuk kemenangan BN'.
"Saya mencadangkan supaya Liow dengan segera memohon
untuk menghadap perdana menteri yang juga pengerusi BN untuk
kebijaksanaannya dan meminta nasihat," kata Azwan dalam kenyataan
medianya semalam.
Selain itu, Azwan turut memberitahu bahawa ia satu
perkara yang memalukan apabila parti komponen BN meminta kerusi
berbanding memberitahu pengundi tentang bahayanya 'naratif cauvinis
DAP'.
Pada Sabtu lalu, Liow berkata, kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno pada pilihan raya umum lalu haruslah dikembalikan.
Ketika itu MCA meminjamkan tiga kerusi kepada Umno iaitu di kawasan Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah.
Tiga kerusi itu kemudiannya jatuh ke tangan pembangkang
apabila anggota parlimen PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Fuziah Salleh
masing-masing di Wangsa Maju dan Kuantan manakala veteran DAP Lim Kit
Siang pula memenangi kerusi Gelang Patang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan