ASPAN ALIAS
Sesungguhnya PM Najib sudah sampai waktu untuk berundur. Terlalu banyak masalah yang beliau lakukan terhadap banyak manusia termasuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam transaksi yang 1MDB lakukan seluruh dunia banyak orang dan pegawai-pegawai bank yang terlibat dengan kerja kotor 1MDB anjuran Najib telah di buang kerja dan setengahnya sedang menghadapi undang-undang di negara masing-masing
Rakyat sangat susah kehidupan mereka sekarang ini tetapi
dalam masa yang sama kita melihat dan mendengar Jho Lo dan sekutunya dari
negara Arab sedang berpoya-poya di seluruh dunia dengan hasil yang mereka
dapati secara haram dari rakyat kita. Tidak akan berlaku perkara ini jika Najib
yang mempunyai seluruh kuasa dan pengaruh dalam 1MDB itu tidak bersekongkol
dengan mereka yang merompak dan menyamun khazanah negara kita ini.
Rakyat Malaysia telah dan masih
membayar segala tindakan berpoya-poya kumpulan ini dan dalam masa yang sama
sedang berhempas pulas menyambung hidup mereka dalam kesusahan. Jho Lo dengan
sekutu sekutunya di negara Arab berpoya-poya tetapi yang membayar harga mereka
berpoya itu adalah rakyat Malaysia.
Najib perlu berhenti dengan cara
baik. Kata orang biar jatuh terduduk dari terhempas. Kita perlu ingat dosa-dosa
yang kita lakukan akan berpindah kepada anak-anak dan keturunan kita jika kita
tidak sempat bertaubat sebelum mati.
Elok Najib berundur sekarang.
Jika berundur sekarang ini setidak-tidaknya pemergiannya akan nampak belakangnya
seperti beliau datang dahulu yang kita nampak mukanya. Tinggalkan lah kebaikan
buat kali pertamanya dan janganlah biarkan rakyat menderita dalam kesusahan.
Najib perlu insaf diatas segala
kemungkaran yang beliau lakukan dan hentikanlah menyalahkan orang lain kerana
kesalahan diri sendiri. Jangan menganggap orang yang mengkritik secara terbuka
itu musuh yang ketat kerana musuh saudara yang sebenarnya berada disisi saudara
sendiri dalam kabinet itu.
Dr Mahathir dan lain-lain itu
adalah musuh saudara yang nyata tetapi yang lebih bahaya ialah musuh yang
sama-sama dalam kabinet dan kerajaan yang beliau pimpin. Harimau yang mengintai
dan menghendap itu lebih merbahaya dari singa yang datang secara berdepan.
Dalam perhimpunan yang sedang
berjalan sekarang ini Najib sepatutnya nampak yang beliau sudah tidak
dikehendaki lagi. Mereka hanya menunggu waktu untuk menerkam. Usahlah percaya
kepada sesiapa yang menunjukkan sokongan yang melampau seperti janjikan sokongan
seratus satu peratus dan sebagainya.
Janganlah sudah terantuk baru
hendak tengadah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
Umur dah panjang, takkanlah masih tidak faham yang saudara telah ditolak oleh
sebahagian besar rakyat termasuk mereka yang menghadiri perhimpunan agong Umno
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan