Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
PETALING JAYA: Kaum Melayu yang menyokong perjuangan politik DAP harus
sedar mereka hanya dipergunakan demi kepentingan parti itu, demikian
tegas Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Bekas naib presiden DAP itu berkata parti pimpinan anak beranak, Lim
Kit Siang dan Lim Guan Eng itu tidak sesekali memberi peluang kepada
kaum Melayu sebagaimana keistimewaan yang diperolehi kaum Cina yang
mendominasi parti berkenaan.
"Anda boleh kata peluang sama rata di kalangan pimpinan DAP, kepada
sesiapa sahaja termasuk kaum Melayu. Namun ia tak benar. Jika anda
perhatikan cara mereka, kaum Melayu dipergunakan. Kaum Cina, sama ada
dalam perniagaan dan politik sentiasa mempergunakan kaum Melayu untuk
mendapatkan kelebihan mereka," katanya ketika ditemui Antarapos,
baru-baru ini.
Menguatkan lagi asas kepada dakwaannya itu, Tunku Aziz berkata hal itu dirasainya sejak menyertai DAP pada 2008.
Bukan itu sahaja, DAP juga sering mencipta ketidaktentuan untuk kaum
Melayu, bukan seperti Umno yang memperjuangkan hak dan keistimewaan kaum
berkenaan.
Lebih buruk, DAP terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk menjadikan
Melayu dan Umno lemah dan hilang sokongan, dan ia dapat dilihat
bagaimana parti Cina cauvinis itu melemparkan pelbagai fitnah dan
tohmahan.
"DAP bukan parti yang demokratik. Ia ditadbir keseluruhannya untuk
kelebihan keluarga Lim. Mereka selalu katakan Umno mentadbir negara ini
untuk 60 tahun. Namun DAP sendiri tidak pernah merubah kepimpinannya.
Kit Siang sendiri berada dalam parti sejak hari pertama.
"Untuk mereka, tidak apa, (tetapi) tidak boleh untuk orang lain. Adakah
ini parti yang mahu kita pertahankan? Mereka akan lakukan sahaja untuk
dapatkan kuasa, sah atau tidak, untuk mengelirukan rakyat, malah
mengelirukan generasi muda Melayu," tegasnya.
Melihat kepada hubungan sesama Melayu kini yang semakin memburuk, Tunku
Aziz mengingatkan kaum tersebut supaya melihat kesengsaraan yang sedang
dihadapi kaum Melayu dan India di Pulau Pinang akibat ditadbir oleh
DAP.
Perlembagaan negara yang menyebut bahawa hak dan keistimewaan kaum
Melayu yang sepatutnya dipelihara sebaik-baiknya semakin cuba dihakim
oleh kerajaan yang dipimpin Guan Eng selaku Ketua Menteri.
"Jika anda rasa Cina DAP akan menjaga anda, saya rasa anda sebenarnya
hidup di Cuckoo Land. Mereka menabur janji. Contohnya di Pulau Pinang,
kononnya mahu melihat isu-isu minoriti seperti kaum Melayu dan India?
Tetapi apakah yang mereka lakukan kepada dua kaum ini?
"Mereka lakukan dasar-dasar yang tidak menjamin kepentingan mereka di
dalam pemilikan hartanah dan menjadikan orang Melayu dan India bukan
golongan kaya di sana," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan