shahbudindotcom
Menurut
kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kemungkinan besar
kadar cukai GST akan mengalami kenaikan jika kerajaan UMNO dan BN terus
kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.
Keadaan
ini, tambah beliau, tidak mustahil akan berlaku sekiranya kerajaan
gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang
semakin besar.
Sekiranya jangkaan hasil tidak menepati sasaran, apakah bermakna lebih banyak lagi duit akan diambil dari rakyat?, tanya beliau.
Dalam
erti kata lain, Tuan Ibrahim sedar bahayanya kepada rakyat jika UMNO,
BN dan Najib Razak terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.
Berdasarkan
Bajet 2017, tidak terlibat projek-projek berimpak tinggi yang mampu
menjana pendapatan bakal dilaksanakan oleh Najib, sebaliknya yang selalu
dipuji berulang-kali ialah GST yang dianggap penyelamat kepada ekonomi
negara.
Menumpukan
semata-mata hanya kepada GST, apatah lagi jika kadarnya sentiasa
dinaikkan, bererti Najib terus menekan kehidupan rakyat.
Tetapi, adakah para pemimpin Pas lain juga sedar bahayanya UMNO, BN dan Najib kepada rakyat negara ini?
Jika
mereka turut sedar, mengapa Hadi Awang semakin kendur perjuangannya
serta pernah berkata, parti itu tidak mahu berebut kuasa, sebaliknya
memadai menjadi penasihat saja?
Begitu
juga, mengapa Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dengan keras menyatakan
enggan bekerjasama dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib?
Kenapa
pula Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menolak untuk
bersama-sama menyertai Bersih 5 bagi menuntut pilihanraya yang adil dan
bersih bagi tujuan lebih mungkin UMNO, BN serta Najib dapat
disingkirkan?
Apa sebenarnya perjuangan Pas sekarang?
Mahu
membela rakyat dan membebaskan mereka daripada segala derita dan
kesengsaraan yang diakibatkan oleh UMNO, BN serta kepimpinan Najib atau
mahu membantu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri?
Lagi-lagi
yang selalu kedengaran bersuara pro kepada rakyat dalam Pas hanyalah
Tuan Ibrahim, manakala yang lain-lain seperti merasakan Najib itu lebih
agung untuk terus dikekal dan dipertahankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan