MALAYSIAKINI
Semua pembiayaan politik yang disalurkan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Abdul Razak telah diagih-agihkan kepada
bahagian-bahagian Umno, menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar
Musa.
Ia termasuk wang yang dipindahkan terus kepada Najib, kata Annuar, memetik laporan akhbar New Straits Times hari ini.
"Sebagai sebuah parti, kita selama ini bergantung kepada
sumber-sumber pembiayaan yang diwujudkan melalui pembentukan perniagaan
berkaitan parti yang dikawal oleh orang-orang tertentu.
"Itulah yang terjadi selama ini dan parti menggerakkan jentera
pilihan raya menerusi pembiayaan oleh pihak-pihak ini," jelas beliau
lagi.
Annuar berkata demikian ketika berucap kepada akar umbi Umno Melaka
dalam program jelajah di seluruh negara berhubung perkara itu di
kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam.
'Mahathir sebabkan Umno melutut'
Beliau menyalahkan hubungan yang kukuh antara bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sesetengah pihak sehingga menyebabkan
Umno melutut.
"Masalahnya ialah apabila seseorang menerajui negara ini selama 22
tahun, pasti ramai ahli perniagaan seperti itu dan penyokong yang rapat
dengan beliau yang digunakan untuk memegang dana parti.
"Itulah bagaimana parti dikendalikan dan sistem yang Mahathir
wujudkan, dan inilah bagaimana beliau cuba untuk terus mengawal," kata
Annuar, sambil menambah bahawa sistem itu telah memaksa Najib untuk
mengubahnya dan mencari cara baru untuk menstabilkan Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan