Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak tindakan
"keterlaluan" DAP yang mendakwa parti itu "khianat" dalam Pakatan Rakyat
kerana berkeras mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Katanya, perkara itu tidak berbangkit kerana tokoh DAP Lim Kit Siang menandatangani kenyataan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam pelaksanaan hukum Islam itu, pada 2011, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Dalam laporan itu, MP Marang itu juga berkata ketiga-tiga parti bersetuju bahawa pelaksanaan hudud adalah hak kerajaan Kelatan dan PAS memberi ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju dalam parkara itu.
"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa," katanya dipetik.
"Macam dalam isu pilihan raya PBT (pihak berkuasa tempatan), kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya,” katanya lagi.
Beliau mengulas dakwaan DAP bahawa PAS khianat dan sengaja memprovokasi untuk memecahbelahkan Pakatan kerana terus berkeras mahu melaksanakan hudud di sebalik bantahan parti sekutu dalam gabungan pembangkang itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan