shahbudindotcom
Menurut
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, Amerika Syarikat tidak mahu
Malaysia mensabitkan Anwar dalam kes itu kerana mahukan bekas Timbalan
Perdana Menteri itu menjadi Perdana Menteri.
"Itu terpulang kepada mereka tetapi kita tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri," tambah Mahathir lagi.
Sebenarnya
ada dua kebimbangan Mahathir dalam perkara ini. Beliau nampaknya bukan
saja bimbang Najib Razak akan menerima logik yang disampaikan oleh Joe
Biden itu kerana Perdana Menteri dilihat turut menggilai sanjungan dan
pengiktirafan Amerika Syarikat tetapi juga seolah-olah percaya kerajaan
BN akan berakhir dalam pilihanraya umum akan datang.
Anwar
pula, bagi Mahathir hanya terhalang menjadi Perdana Menteri jika
dipenjarakan tetapi peluangnya tetap ada jika dibebaskan dalam rayuan
kes Liwat Kedua ini.
Mahathir
juga menyembunyikan kebimbangannya tentang kemungkinan Anwar menjadi
Perdana Menteri dengan mengatatakan "kita tidak mahu Anwar menjadi
Perdana Menteri".
Siapakah
"kita" yang dimaksudkan Mahathir itu? Adakah ianya bermaksud rakyat
yang mempunyai hak mengundi atau penyokong UMNO saja? Atau adakah "kita"
itu hanya mewakili Mahathir semata-mata?
Jika
hanya penyokong UMNO atau Mahathir saja yang tidak mahu Anwar menjadi
Perdana Menteri, ia bukanlah sesuatu sukar untuk difahami kerana
mustahil mereka mahu menyokong Anwar yang dianggap musuh selama ini.
Tetapi
jika "kita" itu merujuk kepada rakyat biasa atau pengundi, anggapan
Mahathir jelas tidak tepat. Walaupun dalam PRU 13 lalu, PR hanya menang
89 kerusi, tetapi sokongan undi popular yang diperolehinya ialah 52
peratus.
Kemenangan BN sebanyak 133 kerusi pula hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus. Apakah makna semua itu?
Maknanya
tidak lain ialah dalam pilihanraya itu rakyat mahukan perubahan
kerajaan dan menolak kepimpinan Najib. Kepimpinan Najib sudah tidak
popular di mata rakyat. Melalui undi popular sebanyak 52 peratus yang
diterjemahkan rakyat kepada PR bukan saja menunjukkan mereka mahu BN
ditumbangkan tetapi juga memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri
yang popular.
Hasrat,
keinginan dan kehendak untuk Anwar menjadi Perdana Menteri itu hanya
terhalang kerana sistem pilihanraya berasaskan undi majoriti di 222
kawasan Parlimen atau "first-past-the post" yang diamalkan oleh negara
kita.
Tetapi hasrat, keinginan dan kehendak bertukar Perdana Menteri itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa juga.
Malah
setelah lebih setahun selepas keputusan PRU 13, kerajaan pimpinan Najib
Razak terus merudum sokongannya daripada rakyat dan ini juga bukti
bahawa hasrat, keinginan dan kehendak itu sentiasa membara di jiwa
rakyat.
Dengan
itu, tidak disangsikan lagi bahawa jika "kita" itu merujuk kepada
rakyat atau pengundi, ia jelas tidak tepat dan tersasar jauh. Melalui
undi sebanyak 52 peratus kepada PR adalah bukti rakyat atau pengundi
mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya
disokong oleh 47 peratus undi rakyat jelata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan