Isnin, 15 Disember 2014

'Pemimpin suka veto Pakatan patut berundur'

MALAYSIAKINI


 


Perwakilan dalam persidangan tahunan DAP hari ini menuntut pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak patuh pada keputusan gabungan itu dan gemar memvetonya supaya berundur.

Perwakilan Perak Wong Kah Woh berkata, langkah itu perlu diambil untuk mengukuhkan gabungan pembangkang.

“Ini penting, pemimpin daripada mana-mana parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan tersebut, beliau tak layak jadi pimpinan parti tersebut dan harus undur diri,” katanya dalam persidangan di Subang Jaya, Selangor itu.

Wong juga berharap kepimpinan Pakatan, yang sudah enam bulan tidak bermesyuarat, mengadakan acara itu secara bulanan.

Beliau tidak menyebut nama pemimpin tertentu tetapi dipercayai merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang gagal hadir mesyuarat Pakatan akhir-akhir ini.

Tiada ulasan: