Korea Selatan Bebas Hutang IMF US$19.5
Bilion Lebih Awal. Terkini, Antara Negara Kuasa Ekonomi Asia &
Dunia! : Dahulu sekitar tahun 90an, Malaysia bermain satu padang dengan
negara-negara Harimau Asia yang lain sebagai gergasi ekonomi Asia
bersama Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan juga jiran kita, Singapura
dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia zaman 90an di berlegar 8%,
8.5%, 9%. Jikalau….
Jikalau mahu diceritakan lebih awal
daripada tempoh tersebut, Malaysia sebenarnya lebih membangun berbanding
dengan Korea Selatan. Mereka jauh ketinggalan. Termasuk Perdana menteri
Korea Selatan datang ke negara kita Malaysia untuk belajar. Hari ini,
Perdana Menteri Malaysia datang belajar dengan kejayaan besar Korea
Selatan hari ini….
KLIK SINI : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara
(RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!
Hari ini, Korea Selatan telah dicatatkan
sebagai sebuah negara yang mana pertumbuhan ekonomi negara Korea
Selatan adalah yang paling pantas di dunia dalam sejarah bangsa manusia.
- Tahun 1946 : Korea Selatan pernah lebih miskin dan lebih sadis berbanding Malaysia
- Sekitar 50an, 60an, 70an : Korea Selatan antara negara termiskin di dunia dek kerana pertembungan perang saudara yang berpanjangan. Dalam pada masa yang sama, Malaysia terus meninggalkan Korea Selatan dalam aspek ekonomi, pendidikan dan sukan.
- Sekitar 80an : Korea Selatan mula bangkit semula daripada bawah
- Sekitar 90an : Korea Selatan pernah bersama-sama menjadi kuasa ekonomi Asia bersama-sama 5 negara lain termasuk Malaysia
- Tahun 1997-1998 : Berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk melanda Korea Selatan termasuk negara-negara Asia lain sehingga menyebabkan mereka meminta bantuan IMF
- Tahun 2014 : Hari ini, Korea Selatan adalah antara bandar termoden di dunia. Pasti ramai yang cukup sangsi dengan setiap wajah pemuda dan gadis di Korea Selatan yang cukup plaktik tetapi Berita Semasa yakin tiada yang akan sangsi dan mempertikaikan kemampuan wajah wajah Seoul dari kota kecil menjadi bandar moden hari ini.
Syarat Ketat IMF Untuk Bantuan Pinjaman Korea Selatan?
Korea Selatan pernah meminjam US$19.5
bilion daripada IMF Dana Matawang Antarabangsa (IMF) dek kerana
gelombang kejatuhan ekonomi Asia yang melanda dunia pada tahun 1997
dengan bersyarat :
- Monopoli, oligopoli yang menguntung sesetengah konglomerat dalam industri dan perniagaan tidak dibenarkanTiada halangan dalam perdagangan
- Tidak dibenarkan amalan yang tidak telus, termasuk penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam segala urusan
- Mesti meningkatkan dan memperkukuhkan sistem kewangan negara
- Dasar fiskal perlu dirombak semula dalam pada masa yang sama perbelanjaan sosial terus dijaga dan dikawal
Hasil disiplin yang cukup tinggi, amanah
dalam menguruskan negara dan belajar daripada kesilapan lampau,
akhirnya Korea Selatan berjaya membayar semula pinjaman IMF lebih awal
daripada perjanjian dan jadual asal. Anda boleh semak laporan yang
Berita Semasa di bawah ini :
Hari ini, Samsung, LG, Kia, Hyundai, SK
Group, SsangYong, Daewoo, Hanjin, Lotte telah berjaya menguasai dunia.
Korea Selatan berjaya bangkit semula. Jikalau dahulu mereka satu tempat
permainan dengan negara kita Malaysia. Jikalau dahulu Korea Selatan
pernah terduduk dek kerana kemusnahan ekonomi yang cukup dahsyat tahun
1997-1998, Hari ini….
- Korea Selatan untuk menjadi antara negara yang termaju dan tercanggih di dunia
- Korea Selatan sudah mampu “bermain bola sepak & ekonomi” di pentas Piala Dunia & di pentas G20
- Malaysia masih lagi bertungkus lumus di pentas Asia Tenggara
Jadi persoalannya sekarang ini, apa
caranya untuk membolehkan kita menang dengan mereka? Atau
sekurang-kurangnya mampu berdiri sama tinggi semula dengan negara jiran
kita Singapura di pentas Asia Tenggara?
Bagi Berita Semasa, kelestarian ekonomi
di Malaysia yang cuba dihidupkan akan berjaya jikalau polisi-polisi yang
dibuat mampu untuk menjana ekonomi lagi dan lagi dan lagi hingga
sesebuah ekonomi itu mampu berdiri sendiri tanpa perlu kerajaan
terus-terus menghulurkan pakej rangsangan, stimulus package, bailout dan
tidak lupa juga gangguan ahli politik yang berlebihan walaupun mereka
“kosong”. Malaysia terlalu kita kurang “local investment”.
Untuk menguruskan ekonomi bukan sekadar
naik turun kadar faedah saja, bukan setakat pegging matawang
sahaja….yang paling penting adalah “distribution of wealth“,
setakat mana pertumbuhan ekonomi yang atas kertas itu dirasa oleh
rakyat Malaysia seperti anda, anda dan kita semua di sini, melalui
peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, melalui peningkatan kuasa
beli, melalui kegiatan ekonomi dipacu oleh SME bukan oleh GLC apatah
lagi oleh syarikat kroni RM2 yang lebih ligat jual projek…
P/S : Realitinya hari ini kita sendiri
yang mencari masalah dan kita sendiri yang terpaksa selesaikannya.
Contohnya…..Beirta semasa pulangkan kepada anda untuk perbincangankan
PP/S : PM Korea semenjak tahun 1948 –
kini = lebih 40 orang (plus minus). PM Malaysia 1948 – kini = 6 orang.
Sememangnya rakyat Malaysia cukup setia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan