Kebakaran membabitkan 15 buah rumah petang semalam.
JOHOR BAHRU - Dianggarkan kira-kira 15 keluarga di Kampung Sungai
Rinting, Pasir Gudang hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka
musnah dalam satu kebakaran, petang semalam.
Penolong Kanan Penguasa Bomba, Wan Farezudin Wan Husain berkata, pihaknya menggerakkan seramai 10 anggota bersama lima jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 3.53 petang.
"Operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru beserta dua jentera termasuk satu water tanker.
"Sehingga jam 5 petang operasi menyelamat masih dijalankan. Anggaran awal seramai 15 rumah terlibat yang membabitkan kawasan seluas 300 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan