Ahad, 21 Disember 2014
Hutang negara, hutang rakyat
Oleh SELENA TAY
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang negara dibawa mati.
Hutang negara yang berjumlah lebih RM570 bilion campur dengan hutang yang dijamin oleh kerajaan yang berjumlah lebih RM100 bilion berserta dengan kenaikan dalam kadar tukaran mata wang Amerika Syarikat bermakna bahawa hutang negara semakin bertambah – hutang ini perlu dibayar oleh kerajaan kepada Bank Dunia.
Hutang peribadi seperti pinjaman daripada bank untuk membeli rumah dan kereta ataupun motosikal pula perlu dilunaskan oleh setiap orang yang berhutang dengan bank tempatan. Maka terlalu banyak hutang yang perlu dibayar oleh rakyat 1Malaysia apabila dicampur dengan hutang negara.
Hutang negara kita bayar melalui kenaikan harga barang, harga bahan api, tarif elektrik dan GST (Goods & Services Tax/ Cukai Barangan Dan Perkhidmatan).
Semakin tinggi hutang negara, semakin susahlah kita sebagai rakyat kerana harga barang akan melambung naik.
“Kerajaan melalui GST dapat korek saku rakyat untuk mencungkil setiap sen dalam saku kita untuk melunaskan bayaran hutang negara kepada Bank Dunia dan ini bererti saya yang sedang membuat bayaran kepada Bank Dunia,” kata seorang pemandu teksi.
Dengan hutang negara yang semakin bertambah disebabkan oleh pembaziran, pemborosan dan ketirisan maka semakin kosonglah saku rakyat dan golongan yang berpendapatan rendah dan yang miskin tidak akan mampu menabung untuk masa depan nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan