Khamis, 18 Disember 2014

Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? Hampir 50% Modal Pasaran Hilang!




saham fgv



Harga Saham FGV Semasa IPO (RM4.55). Terkini, Disember 2014 Jatuh Merudum RM2.32 Sahaja? Hampir 50% Modal Pasaran Hilang di Bursa Malaysia : Sudah cakap bukan tidak cakap. Sudah nasihat, bukan tidak nasihat pun. Tetapi mereka beranggapan mereka sudah buat keputusan yang terbaik sambil mendabik dada.

Sudah elok-elok dahulu FGV sebuah entiti perniagaan yang berada 100% di bawah naungan dan dimiliki oleh Felda. Dek kerana tangan-tangan gatal yang “tamak haloba” menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia kononnya bercanggah dengan dasar GRIB. Kononnya Felda tidak boleh berniaga.
  • Berpuluh-berpuluh tahun FELDA berniaga untung berbilion-berbilion ringgit, kenapa berdegil mahu senaraikan saham FGV di Bursa Malaysia. Mengapa?
  • FELDA sudah ada banyak modal. Apa perlunya senaraikan di Bursa Malaysia?
BACA LAGI SINI : IPO FGV (Felda Global Ventures) Bernilai RM10.2 Bilion : 
65% Orang Penting Felda Jangka Penyenaraian Ini Akan Gagal!! Apa Kata Anak Felda?

Nah…lihatlah sekarang ini selepas sahaja FGV tersenarai di Bursa Malaysia, tiba-tiba FELDA dilihat rancak berniaga. Satau demi satu hartanah yang dibeli FELDA. Buktinya…pastinya ramai yang sudah mengetahui yang mana FELDA baru sahaja berjaya membeli Grand Plaza Kensington Hotel di London. Baru-baru ini Berita Semasa dimaklumkan yang mana Tan Sri Isa Samad menghadiri perasmian bagi hartanah yang dibeli mereka sebelum ini.

Setakat ini FELDA sudah memiliki beberapa hartanah termasuklah :
  • Hotel Seri Costa di Melaka RM24 juta
  • Hotel Grand Borneo di Sabah RM86 juta
  • Apartment Service Plaza di Bayswater, LondonRM500 juta. Kesemuanya
  • Grand Plaza Kensington Hotel RM329 juta
Persoalannya sekarang ini FELDA mahu menjalankan urusan perladangan negara atau perlancongan atau hartanah? Mengapa tidak fokus sahaja kepada “core business” yang dilakukan sekarang kelapa sawit?
  1. Kenapa tidak dilaburkan untuk memajukan produk “oleochemical” seperti “fatty acids” atau “esthers”? Ia sebenarnya bakal membuka banyak peluang pekerjaan untuk kalangan jurutera tempatan, ahli kimia dan sebagainya. Bukan juga peluang keusahawanan untuk teknologi tinggi bagi industri “oleochemical”
  2. Ataupun cuba bangunkan ladang sawit untuk tujuan pembangunan yang lebih mampan bagi projek bahan api yang boleh diperbaharui. Bukankah sekarang sudah ada diesel B5. Kenapa tidak kita fokus pula untuk B10 atau B20?
Semasa disenaraikan di Bursa Malaysia ada lebih 400 juta unit ditawarkan pada orang awam. Siapa yang dapat? Siapa yang dapat pink form yang mana mereka-mereka telah dapat berjaya merasai durian runtuh pada masa disenaraikan. Sekarang?

Sekarang FGV terkial-kial untuk mencapai sasaran hasil 18 ton untuk setiap hektar. Inilah jadinya dilantiknya orang-orang PEMANDU yang tiada pengalaman dan “track record” untuk menjaga syarikat-siarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Dilantik pula bekas Exco Negeri Sembilan ____________untuk menjaga ladang sawit. Hannnncurrr…

harag saham fgv

 

Harga Saham FGV Hari Ini di Bursa Malaysia?

Akhirnya apa terjadi? Nah…hasilnya…
  1. Harga semasa IPO FGV pada 27 Disember 2012: RM4.55
  2. 8 Disember : RM3.00
  3. 13 Disember ditutup pada : RM2.37
  4. Hari ini 18 Disember 2014 berada pada paras : RM2.32
  5. Sudah hampir 50% harga saham FGV jatuh sejak IPO
  6. Ini bermakna hampir separuh modal pasaran FGV di Bursa Saham “telah terbang……”
KLIK SINI : Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global Ventures (FGVH). 
Nasib Peneroka Selepas Ini?

Cerita dan kisah yang berlaku kepada FELDA lebih kurang sama plot kejatuhan Malaysia Airlines (MAS).
  • Berat di atas
  • Kos operasi makin besar
Bursa Saham FGV

P/S : Kepada Perdana Menteri Malaysia, mohon anda luang masa perhatikan “anak buah kesayangan yang dipilih oleh anda” ini, takut-takut tersilap langkah kelak sehingga menyusahkan lebih ramai lagi yang terbabit dengan FELDA yang sudah sedang elok sebelum ini.

PP/S : Ketika orang lain cukup sangsi dengan integritinya, ketika orang lain sangsi dengan kebolehan dan kemampuannya, keyakinan anda (Najib Razak) cukup tinggi untuk tetap melantiknya. Jadi mohon sekarang anda (Najib Razak) menasihatinya supaya jangan “berasa selesa” terlalu lama.

PP/S : Kerisauan pihak tertinggi FELDA sebelum ini mengenai penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia, melihatkan harga bursa saham FGV hari ini ada kebenarannya…

Tiada ulasan: