UMNO menjadi defensif apabila Datuk Paduka Khairudin Abu Hasan, Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan membuat laporan Polis terhadap 1MDB tiga hari yang lepas. Setiausaha Agung nya T. Adnan Mansor telah membuat kenyataan meminta Khairudin menarik balik laporan polis yang beliau buat di Kuala Lumpur tiga hari yang lepas.
Tengku Adnan menyatakan itu bukan
pendirian parti tetapi pendirian individu seperti Khairudin yang tidak faham
tentang perjuangan parti. Apa yang beliau (T Adnan) faham tentang perjuangan parti
pun saya tidak tahu. Bagi saya Khairudin adalah lebih mentaati perjuangan
parti yang tidak mahu UMNO dan
pemimpinnya melakukan kerja yang beliau ‘suspect’ sebagai kerja terkutuk itu,
iaitu menjadikan 1MDB sebagai landasan untuk beberapa individu mengaut
kepentingan peribadi dalam skala yang besar.
Tentu nya tindakan Khairudin itu
adalah untuk membersihkan kerajaan yang dipimpin UMNO untuk tidak dipersoalkan
integritinya dan itu pun yang setiap ahli UMNO patut lakukan untuk
membersihkan UMNO itu dari imej buruk dan melalui proses kereputan yang tidak
dapat diubati. Jika UMNO bertindak terhadap ahli nya yang mahukan isu ini
dibersihkan, maka parti itu dengan sendiri serta sekali gus dianggap seperti
parti yang cuba
menutup perlakuan dan tindakan salah kerajaan rakyat ini.
Jika Tengku Adnan benar dengan
perjuangannya beliau tidak perlu merasa takut jika 1MDB tidak melakukan
kesalahan. Setiausaha Agung UMNO itu tidak perlu menyalahkan orang lain
kononnya terpengaruh dengan pembangkang dan pihak-pihak lain. Berani kerana
benar dan takut kerana bersalah.
Tidak guna Adnan menuduh
pembangkang mempengaruhi Khairudin, kerana isu 1MDB ini sudah terbongkar banyak
perkara dan adalah lebih baik dibuka segala apa yang dilakukan oleh 1MDB ini
yang wujudnya dengan menggunakan wang pembayar cukai.
Tetapi elok kita bertanya kepada Adnan
ini, apa dia perjuangan parti UMNO itu jika beliau benar-benar tahu dan faham
tentang perjuangan partinya yang beliau sertai pada tahun 1984 dahulu itu?
Sudah lebih sepuluh tahun saya tidak bertemu dengan bekas rakan saya ini.
Semasa kali terakhir saya bertemu
dengan beliau secara peribadinya saya belum nampak semasa itu beliau sudah
memahami apa itu UMNO dan perjuangannya. Beliau hanyalah seorang ‘social
climber’ yang gigih dan UMNO lah tempat yang mudah baginya untuk berjaya dalam
‘social climbing’ nya itu. Saya tidak menyalahkan usaha beliau itu tetapi
beliau bukanlah pejuang UMNO.
Beliau sama sahaja dengan ramai
pemimpin yang lain dalam UMNO sekarang ini yang sudah hilang sisek-sisek
perjuangan parti itu. Politik beliau itu hanya mengikut resmi air, dimana lekok
di situ beliau berhenti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan