Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap
penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong Vietnam pada perlawanan
separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014, Ahad lepas.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kesal dengan insiden itu berkata tindakan harus diambil sebelum skuad Harimau Malaya bertemu semula dengan pasukan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua, di Hanoi Khamis ini.
"Saya sendiri telah memohon maaf kepada penyokong Vietnam dan juga telah hubungi Duta Vietnam, kita kena mengakui kita salah, dan tindakan pantas perlu diambil," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Yahaya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil kementerian untuk memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa depan.
Pada perlawanan di Stadium Shah Alam itu, skuad Harimau Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan