Selasa, 22 Julai 2014

Tuntut keadilan dianggap jenayah, lebih baik KPN letak jawatan

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan menyiasat Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang di bawah Akta Hasutan 1948 hanya kerana beliau ingin menegakkan keadilan dalam kes kematian Teoh Beng Hock dikecam.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, polis akan menyiasat Pensihat DAP berhubung artikel bertajuk ‘Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock’ yang disiarkan di laman The Rocket, 16 Julai lalu.

Kit Siang dalam artikel itu berkata, rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak akan berhenti menuntut keadilan bagi Beng Hock selagi pembunuhnya tidak dibawa ke muka pengadilan.

“Apakah kesalahan Kit Siang untuk menyatakan DAP dan Pakatan akan terus memperjuangkan ketidakadilan yang menimpa Beng Hock?

“Adakah menegakkan keadilan dan menuntut pembunuh dihukum kini sudah menjadi satu jenayah di Malaysia?” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan.

Katanya, Khalid juga seolah-olah cuba mengalih perhatian terhadap kegagalan polis menjejak pihak yang menyebabkan kematian Beng Hock dengan mengambil tindakan ke atas Kit Siang.

“Keluarga mendiang telah menolak sebarang andaian bahawa beliau menyebabkan kematian sendiri. (Maka) Tugas pihak berkuasa, termasuk polis adalah menyelesaikan kes ini dan mencari pembunuhnya.

“Jika KPN benar-benar hendak menghukum dan bertindak ke atas Kit Siang kerana memperjuangkan isu ini, lebih baik KPN turut mengambil tindakan kepada seluruh pimpinan DAP, semua 37 Ahli Parlimen, dan 105 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kami yang turut mengambil prinsip yang sama,” kata Guan Eng.

teoh-beng-hock-deadBeng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan itu.

Sehubungan itu, Guan Eng mendesak agar Khalid menjalankan tugasnya yang digariskan undang-undang dengan profesional dan
bertanggungjawab.

“Beliau patut membuat keputusan, sama ada ingin menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dengan berhenti mengambil tindakan bermotif politik terhadap Kit Siang atau letak sahaja jawatan dan menjadi ahli politik ekstremis jika mahu,” kata Guan Eng.

Tiada ulasan: