Khamis, 17 Julai 2014

Pengguna diberi penjelasan air lombong selamat digunakan

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memberikan penerangan kepada pengguna air di Lembah Klang berhubung langkah penggunaan air lombong yang hangat diperkatakan pelbagai pihak.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata tindakan itu sebagai persediaan menghadapi musim kemarau dan segala keputusan yang dibuat sudah semestinya melalui hasil kajian secara profesional.

Luas air

“Kita menyalurkan air sungai ke kolam bekas lombong pada ketika ini untuk bersedia di musim kemarau.

“Apapun keputusan yang akan diambil menggunakan air itu adalah secara profesional.

“Kerajaan Negeri akan memberi penerangan dan keyakinan kepada pengguna kerana kementerian juga telah mengesahkan air itu selamat untuk digunakan,” katanya kepada Selangor Kini menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menyokong cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong bagi menampung keperluan air di Lembah Klang.

Katanya, air lombong selamat diguna jika proses tapisan dan kaedah rawatannya dilaksanakan dengan betul.

Namun reaksi sebaliknya diberikan oleh Kementerian Kesihatan melalui menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang meminta Kerajaan Selangor menghentikan penggunaan air dari kolam bekas lombong dan kan bincang dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sudah berkali-kali menegaskan bahawa Langat 2 bukan penyelesaian sepenuhnya kepada kekurangan air di Lembah Klang kerana loji berkenaan hanya membekalkan 1,000 juta liter air sehari (JLH) sahaja.

Yunus turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air disebabkan dasar pemberian air percuma yang diamalkan Kerajaan Negeri dan keengganan menaikkan tarif air.EZY

Tiada ulasan: