OLEH ZULKIFLI YAHAYA
“DAN
Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi
dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan
dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!” ugut bekas Timbalan
Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin kepada para pemuka Kristian yang
beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah.
Agaknya dengan ugutan tersebut terketar-ketarlah pihak berkenaan
lantaran ketakutan yang teramat sangat kepada seorang yang dianggap
tokoh rasis Melayu itu.
“Kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei!” katanya.
Menulis artikel berjudul “13-Mei 2.0?” dalam blognya, beliau berkata
umat Islam diajar bersabar dan bertolak ansur, tetapi hanya kepada
mereka yang bertamadun dan mempunyai sikap hormat-menghormati.
“Kalau ini bukan kurang ajar dan biadab, saya tidak tahu nak bagi
label apalagi kepada pera ngai pelampau keagamaan dan extremis liberalis
ini,” ujar seorang pemimpin yang sinonim dengan kenyataan provokosi
rasis terhadap pihak lain. Macam kuali dak wa belanga hitam.
Jika ucapan seumpama ini diucapkan oleh DAP yang ditujukan terhadap
puak rasis Melayu, maka masa yang diperlukan tidaklah terlalu lama untuk
tokoh tersebut diheret ke mahkamah.
Di Malaysia, seorang menteri yang menjaga polis boleh mengeluarkan
kenyataan mempertahankan perbuatan jenayah tanpa sebarang tindakan.
Umat Islam di Malaysia dianggap paling “beruntung” dalam dunia ini
kerana terdapat sekumpulan pejuang yang ingin mempertahankan kalimah
Allah agar tidak digunakan oleh orang kafir sekalipun terpaksa menumpah
darah.
Bertuah sungguh rakyat Malaysia kerana di sini ada Umno, Perkasa,
Jati, Isma dan rakanrakan seperjuangannya. Di negara lain yang tiada
Umno, kalimah Allah bebas digunakan oleh puak Kristian. Perjuangan
unggul ini hanya berlaku di Malaysia. Mesir yang mempunyai penduduk
Muslim lebih 80 juta dan ratusan ribu ulama juga nampaknya tidak se
hebat barisan ulama yang terdapat di Malaysia dalam isu kalimah Allah.
Saya tidak berminat lagi untuk mengulas kontroversi penggunaan
kalimah Allah, kerana apa saja hujah yang dikemukakan tidak mampu untuk
mengubah pendirian kumpulan ekstremis yang beranggapan bahawa; tuntutan
penggunaan kalimah Allah adalah keutamaan dalam perjuangan Islam ala
Melayu mereka. Biarkan mereka dengan keper cayaan mereka.
Di saat umat Islam dihina kerana bergantung harap kepada pihak lain
sebagai pembekal utama makanan, sehingga perut umat Islam dipenuhi DNA
babi, mereka tidak sangat peduli berjuang untuk membangunkan umat Islam.
Tetapi keutamaan mereka ialah memupuk kebencian terhadap pihak yang
berlainan agama.
Saya tertarik dengan tulisan Dr Ridhuan Tee dalam Sinar Harian
baru-baru ini yang memperincikan kelemahan orang Melayu Islam di negara
ini dalam segala bidang. Melayu di Malaysia ke tinggalan dalam serba
serbi perkara.
Cuma kegagalannya ialah untuk menjumpai bahawa punca terhadap segala
kegagalan tersebut adalah kerana Umno sebuah parti Melayu Islam yang
mendominasi kerajaan Malaysia lebih separuh abad gagal membangunkan
orang Melayu.
Melayu hanya ditarbiyah menjadi masyarakat subsidi yang tiada daya
juang, bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan dan mengutamakan
isu-isu yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan, sehingga sanggup mati
kerana isu tersebut.
Apa yang dilakukan oleh para pemuka rasis Melayu itu hakikatnya
adalah jalan dekat untuk mengekalkan soko ngan Melayu terhadap kerajaan
Umno- BN di mana semangat songsangnya boleh dipupuk dan dibajai dengan
isu rasis dan sentimen keagamaan yang sempit.
Umno menyedari hakikat bahawa hanya dengan “memperbodohkan” orang Melayu maka mereka boleh terus berkuasa.
Laluan BN mengekalkan Putrajaya masih lagi melalui jalan kampung dan desa serta kebunkebun getah dan estet kelapa sawit.
Ia berbeza dengan laluan Pakatan ke Putrajaya, yang melalui lebuh
raya yang sifatnya urban dan moden. Malangnya laluan tersebut pendek dan
terhad berban ding jalan kampung. Umno- BN memenangi 121 dari 158
kerusi luar bandar dalam PRU13 iaitu kira-kira 76 peratus.
Meskipun hanya 30 peratus atau kurang dari sepertiga yang tinggal di
kawasan bukan bandar, kerusi Parlimen mereka lebih 70 peratus. Itulah
“bijaknya” permainan politik Umno-BN.
Di Malaysia, parti yang berkuasa adalah BN. Parti yang dominan dalam BN ialah Umno.
Se bab itu Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu memilih untuk sertai Umno
bukannya MIC, walaupun beliau berhak sertai MIC kerana bapanya
berketurunan India. Begitu juga ramai tokoh kacukan India-Melayu,
memilih sertai Umno.
Dalam Umno pula, tokoh yang dominan adalah yang dilihat paling
lantang perjuang isu rasis Melayu. Sebab itulah masing-masing mereka
beriya-iya tonjolkan diri sebagai hero Melayu yang rasis demi mendapat
tempat dalam parti dan kerajaan.
Dan “trigger words” yang tidak pernah lekang dari pemuka rasis Melayu
ini ialah ugutan 13 Mei. Asyik-asyik 13 Mei untuk takutkan bukan
Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan