Ini pendedahan yang sangat menggemp4rkan oleh Presiden Perkid,
Ustaz Masrizi apabila beliau membuat kenyataan bahawa dianggarkan 360
ribu ekar tanah milik kerajaan negeri Pahang dicerob0h, hampir 50 tahun
Bagaimana perkara sebegini boleh dibiarkan berleluasa sehingga mereka
dah jadi macam cacing naik ke mata, diberi betis nak peha? Apakah
r4suah sudah jadi mainan mereka? Di manakah keadilan undang2 &
pembelaan kepada bangsa sendiri setelah 63 tahun kita merdeka?
Siapa sahaja yang tidak sukakan durian Musang King, bukan? Walau harganya mahal, ianya masih diminati.
Peningkatan
permintaan terhadap durian jenis itu telah menyebabkan pembukaan tanah
yang tidak terkawal bagi menanamnya oleh petani yang mengusahakannya
secara haram.
Oleh
itu, kerajaan negeri Pahang difahamkan telah memberi 5,357 ekar tanah
kepada Royal Pahang Durian Group (RPDG) dan Perbadanan Kemajuan
Pertanian Negeri Pahang (PKPP) untuk mengaudit dan menjalankan industri
itu.
Keputusan
itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap aktiviti penebangan hutan milik
kerajaan negeri yang berlaku tanpa kawalan demi memenuhi permintaan
terhadap buah berkenaan.
Bermula
24 Ogos, kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang
dilaporkan telah mengambil alih kebun dan tanaman buah-buahan yang
diusahakan secara haram di sekitar Raub.
Pejabat
Tanah dan Galian Pahang dalam kenyataannya telah memberi amaran bahawa
pihaknya akan mengambil tindakan untuk ke mahkamah atau memusnahkan
tanaman berkaitan jika terdapat pihak yang menceroboh.
Perkara
itu menyebabkan sebilangan petani di Raub terpaksa menebang pokok
buah-buahan mereka sebagai tanda protes terhadap pengambilalihan tanaman
mereka.
“Kami
tidak mahu pokok itu lagi. Kamu boleh suruh mereka tanam pokok itu
sendiri nanti”, kata seorang petani dalam bahasa Kantonis.
Sementara
yang lain pula memperlihatkan petani yang berasa sedih dan kesal
berjalan melalui dusun pokok buah-buahannya yang telah tumbang.
Difahamkan
hampir 800 orang petani yang mengusahakan tanaman durian telah
menubuhkan kumpulan ‘Save Musang King Alliance’ (SAMKA) untuk menentang
syarat kontrak ini.
Setiausaha
Kerajaan Negeri, Sallehuddin Ishak berkata bahawa Pahang mengalami
kerugian berjumlah RM30 juta untuk hasil cukai tanah susulan
pencerobohan untuk penanaman durian.
Tambahnya,
seluas 4,400 hektar kawasan dianggarkan telah diusahakan secara haram
untuk penanaman durian jenis Musang King di Raub.
Khuatir ada unsur penyelewengan, mustahil tak sedar tanah diceroboh
BANGI
– Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Pahang menuntut
kerajaan negeri menggunakan undang-undang sedia ada dalam menangani kes
pencerobohan tanah rizab oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA
Pahang, Dr Mohd Nor Sundari menegaskan, mengikut Kanun Tanah Negara
1965, berdasarkan Seksyen 425, penceroboh boleh diambil tindakan
undang-undang.
“Justeru, BERJASA meminta kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
“Siasatan terperinci perlu dilakukan
oleh pihak polis dan SPRM bagi membongkar sebarang salah laku dan
penyalahgunaan kuasa oleh agensi-agensi kerajaan yang terbabit.
“…khususnya Jabatan Tanah dan Galian dan
Jabatan Perhutanan dan Perhilitan yang selama ini berdiam diri apabila
berlaku pencerobohan tanah-tanah rizab kerajaan di negeri ini,” katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
BERJASA Pahang berkata, gesaan itu juga
susulan bimbang ada unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa
membabitkan para penguat kuasa.
Katanya, ini kerana mustahil
agensi-agensi terbabit tidak menyedari berlakunya pencerobohan dan
pembukaan tanah secara besar-besaran menjangkau seluas 4,400 hektar
tanah rizab kerajaan di Raub.
“Keadaan ini telah pun berlaku selama 40
tahun. Aktiviti-aktiviti haram ini menyebabkan kerajaan negeri
kehilangan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Sesuatu yang sangat pelik
dan mustahil apabila aktiviti haram ini tidak diketahui dan disedari
oleh pihak yang bertanggungjawab.
“Sehubungan itu, BERJASA mendesak agar
satu siasatan oleh pihak polis dan SPRM dijalankan secara menyeluruh
membabitkan semua daerah di Pahang bagi memastikan setiap hektar tanah
rizab kerajaan tidak dicerobohi.
“Bahkan kerajaan negeri juga dapat
merancang projek-projek yang boleh mendatangkan pulangan yang baik demi
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Pahang,” katanya.
Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pahang mula
bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub
yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.
Tindakan itu dilakukan berikutan
kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10
tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di
kawasan hutan simpan.
Antara kawasan dusun durian di Raub yang
terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai
Chalit serta Tranum dan Tras.
KERAJAAN tidak bercadang untuk mengimport benih padi atau padi hibrid daripada luar negara.
Ini kerana penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (Mardi) mensasarkan penghasilan varieti padi antara 15 hingga
20 peratus daripada varieti tempatan ketika ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad
Hamzah berkata, ketika ini kementerian sudah menghasilkan beberapa jenis
benih padi yang boleh dituai dalam masa 110 hari.
"Seperti MR253, MR220, MR303, dan MR307. Hasilnya tidak kurang daripada tujuh tan sehektar dan mencecah sepuluh tan sehektar.
"Apa yang Yang Berhormat sebut untuk import dari luar, varieti benih
yang sudah kita hasilkan sebenarnya menjadikan hasil kita lebih tinggi
berbanding import," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik)
mengenai apakah kerajaan bercadang untuk mengimport benih padi atau padi
hibrid daripada negara pengeluar lain.
Katanya keadaan cuaca dan tanah adalah berlainan daripada negara luar
dan untuk itu kerajaan tidak bercadang untuk mengimport benih padi atau
padi hibrid daripada luar.
Terdahulu beliau berkata, kementeriannya buat masa ini tidak
mengesyorkan penamaan padi tiga musim setahun atau lima musim dua tahun.
"Ia tidak memberikan peningkatan hasil kepada pesawah, berbanding
penanaman seperti biasa empat musim dalam dua tahun sebaliknya kos
pengeluaran meningkat.
"Serangan penyakit dan perosak sukar dikawal semasa penanaman di luar
musim sedia ada dan implikasi kewangan kepada kerajaan, pertambahan
subsidi input dan ouput," katanya.
AHMAD Shahrin Ismail (tengah) menunjukkan pokok buah tin yang ditanamnya di Sungai Soi, Kuantan, Pahang.
Bermula dengan hanya menanam di kawasan rumah sebagai hobi mengisi
masa lapang ia bertukar menjadi aktiviti ekonomi yang menjana pulangan
lumayan apabila tanaman buah tin yang diusahakan secara komersial mula
membuahkan hasil.
Bagi Ahmad Shahrin Ismail, 39, tanaman buah tin jenis Masui Dauphine
(MD) yang diusahakan di kawasan tanah seluas 0.4 hektar di Sungai Soi,
Kuantan, sejak setahun lalu sudah mendatangkan hasil dan mendapat
permintaan menggalakkan daripada penduduk di daerah tersebut.
Ahmad Shahrin yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat minyak
memberitahu, dia bermula secara suka-suka dengan menanam buah tin di
kawasan rumah sebelum mengusahakan secara komersial selepas mendapati
tanaman itu mudah diuruskan selain mempunyai banyak khasiat.
Melihat ia satu peluang keemasan, dia bersama dua lagi rakannya
Rosdan Omar, 56, dan Zulkefli Ramli, 44, mula berkongsi modal sebelum
mencari kawasan tanah bersesuaian.
“Selepas kami berbincang dan membuat kajian akhirnya kami putuskan untuk menanam buah tin jenis MD ini secara komersial.
“Kami kemudian jumpa lokasi yang sesuai di Sungai Soi dengan kadar
sewaan RM1,200 sebulan dengan kontrak lima tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Bapa kepada empat anak itu memaklumkan, selepas setahun mengusahakan
tanaman buah tin itu modal yang dikeluarkan mereka bertiga kira-kira
RM200,000 meliputi kos mengupah pekerja, baja, pembinaan struktur
pelindung hujan (SPH) dan kos operasi.
Anak kelahiran Kuala Terengganu itu memberitahu kini dia boleh
tersenyum apabila pulangan yang dijana hasil penjualan buah tin itu
cukup memberangsangkan.
Berkongsi lebih lanjut Ahmad Shahrin berkata, lebih 600 pokok tin sudah ditanam dan berbuah dengan baik hingga kini.
Menurutnya, sepokok tanaman tersebut mampu menghasilkan antara 90 hingga 120 buah dalam satu musim.
“Tempoh semusim buah tin enam bulan, dan dalam tempoh tiga bulan ia sudah boleh dipetik dan dijual.
“Kami turut menawarkan kepada pembeli untuk merasai pengalaman memetik sendiri buah tin di ladang.
“Kami pasarkan buah tin ini pada harga RM20 bagi setiap 250 gram dan
turut dijual dalam kuantiti yang besar bergantung kepada permintaan,”
katanya yang berhasrat meluaskan lagi kawasan penanaman pada masa depan.
Menurut Ahmad Shahrin, penjagaan pokok buah tin tidaklah sukar
seperti yang disangka. Tanaman tersebut mudah diurus dan lebih subur
dalam keadaan cuaca panas dan kering.
Katanya, iklim Khatulistiwa amat sesuai dengan tanaman buah tin
kerana ia panas sepanjang tahun dan tidak mempunyai musim sejuk seperti
di negara Asia Barat .
Menurutnya, bagi memastikan pokok tin tumbuh subur, tanaman tersebut
hendaklah dibaja setiap hari selain perlu ditanam pada jarak antara satu
hingga lima meter.
“Kerja-kerja memangkas juga perlu dilakukan selepas habis satu musim
bertujuan memastikan dahan yang baru tumbuh dan menghasilkan buah yang
lebih baik,” katanya.
Ahmad Shahrin berkata, segala usaha dan pelaburan dibuat bersama
rakan kongsi tidak akan berjaya jika tidak dibantu pekerjanya Muhammad
Qayyum Mohd. Shaimi, 24, yang berpengalaman dalam mengurus serta menanam
pokok tin.
Katanya, dia tidak mengikuti mana-mana kursus daripada agensi
kerajaan atau profesional sebaliknya banyak mempelajarinya daripada
rakan-rakan yang telah menanam atau mempunyai ladang buah tin.
“Saya mewujudkan kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada
penanam buah tin, daripada situ kami bertukar maklumat dan bertanya
mengenai cara menguruskan buah tin secara lebih sistematik dan
tersusun,” katanya.
Segala usaha dan penat lelah bersama rakan kongsi itu kini berjaya membuka mata banyak pihak.
Ini termasuklah antaranya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang sudi
menawarkan bantuan diperlukan selain menjalinkan kerjasama strategik
untuk memajukan tanaman yang diusahakannya.
Menteri
Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata Perbadanan Putrajaya (PPj)
sudah mengenal pasti tanah di kawasan Presint 20 seluas 14 hektar untuk
tujuan itu. (Gambar Eats Shoots and Roots)
PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk memperluas
kawasan pertanian bandar mega di Putrajaya, terutama bagi tanah yang
masih belum digunakan.
Menterinya Annuar Musa berkata, Perbadanan Putrajaya (PPj) sudah
mengenal pasti tanah di kawasan Presint 20 seluas 14 hektar untuk tujuan
itu.
“Di Putrajaya masih ada banyak tanah, termasuk tanah yang tidak
digunakan dalam jangka masa terdekat iaitu 4 ke 5 tahun. Jadi kita boleh
pertimbangkan aktiviti produktif untuk gunakan tanah tersebut termasuk
rancangan PPj untuk wujudkan pertanian bandar mega,” katanya kepada
media hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Fasiliti Inovasi
Kitar Semula (FIKS), iaitu pusat pembelajaran kitar semula yang pertama
Malaysia di Presint 5.
Annuar Musa
Dalam pada itu, Annuar berkata pihaknya juga akan membuat kajian
penggunaan bunga tempatan yang sesuai bagi menghiasi landskap di
sepanjang jalan protokol di Putrajaya.
“Di Putrajaya ini kita jangan buat landskap yang biasa, tetapi mesti
mempunyai karakter tertentu sebagaimana yang dibuat di Singapura,”
katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata, bekas ahli
Umno yang dipecat sebelum ini boleh memohon untuk menyertai semula parti
itu dan Majlis Tertinggi Umno mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan
permohonan berkenaan.
Beliau mengulas kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Hasan
semalam yang mengatakan Umno boleh mengubah semula keputusan pemecatan
Muhyiddin Yassin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti.
Namun katanya, semua pihak mesti menghormati kedudukan perdana menteri yang juga pemangku pengerusi dan presiden PPBM.
Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali
mempromosikan nama baru kempen Sawit Anugerah Tuhan di Facebooknya.
PETALING JAYA: Kempen Sayangi Sawitku yang dilancarkan awal tahun lalu kini dikenali sebagai Sawit Anugerah Tuhan.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman
Razali berkata, penjemaan semula itu kerana nama berkenaan lebih baik.
“Berhubung dengan kempen Sayangi Sawitku, saya telah bergerak untuk
mengubah kempen itu kepada yang lebih baik namanya, iaitu Sawit Anugerah
Tuhan.
“Itu pendekatan saya sepanjang saya menjadi menteri,”
katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan
tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) sama ada kempen
Sayangi Sawitku akan diteruskan.
Beliau berkata, sawit itu ialah anugerah Tuhan dan bahan makanan terbaik untuk dunia.
“Di kala mana kita menceritakan kebaikan ini, maka kehendak atau lobi
di peringkat Eropah yang sebenarnya menyasarkan untuk meningkatkan
minyak mereka, minyak soya dan sebagainya, akan terkebelakang secara
automatik.
“Di peringkat kemampanan, kita sudah ada Pensijilan Minyak Sawit
Mampan (MSPO) yang kita gerakkan dan kita jadikan kemestian untuk semua
pekebun kecil.”
Kerajaan Pakatan Harapan melancarkan kempen “Sayangi Minyak Sawitku”
pada 8 Jan 2019 untuk memerangi kempen anti-sawit yang dilancarkan
Kesatuan Eropah terhadap komoditi negara itu.
Menteri Industri Utama ketika itu, Teresa Kok dilaporkan berkata,
objektif kempen itu ialah menyemai rasa bangga rakyat terhadap industri
sawit negara dan meningkatkan kesedaran serta mendidik rakyat mengenai
kebaikan dan khasiat minyak sawit.
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mahu negeri itu mengeksploitasi potensinya dalam bidang pertanian.
KINABALU: Seorang ahli ekonomi mendesak kerajaan Sabah menggubal
dasar yang jelas untuk memacu negeri itu ke arah merealisasikan hasrat
untuk menjadi kuasa pertanian.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Shafie Apdal mengenai potensi negeri
itu dalam bidang pertanian, Firdausi Suffian dari Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Sabah berkata, rakyat memerlukan dasar perindustrian yang
jelas seperti yang selalu diperkatakan ketua menteri, namun ia belum
dilihat di negeri ini.
Dalam wawancara baru-baru ini, Shafie membayangkan Sabah dan Sarawak
muncul sebagai hub ekonomi dengan berkata, Sabah boleh memainkan peranan
besar dalam perkara itu dengan memanfaatkan potensinya dalam bidang
pertanian.
Firdausi mengakui kewujudan Pelan Pembangunan Pertanian Sabah untuk
kepelbagaian sektor ekonomi, tetapi ia tidak akan dapat dijalankan tanpa
dasar industri untuk melengkapkannya.
“Sabah adalah penyumbang ke-2 terbesar dalam bidang pertanian selepas
Sarawak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, tetapi kita
hanya eksport bahan mentah. Tidak ada industri hiliran di wilayah itu.
“Singapura, yang tidak memiliki tanah untuk pertanian besar-besaran,
masih menduduki tempat pertama dalam hal keselamatan makanan di Asean,
tetapi bagi Sabah, makanan adalah import ke-2 tertinggi.
“Untuk menjadikan Sabah hub ekonomi, kerajaan negeri perlu menetapkan jalan mana yang kita ingin pergi,” katanya.
Firdausi Suffian.
Firdausi berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah perlu
bekerjasama dengan sektor swasta untuk memulakan rancangan strategic dan
untuk tujuan itu GLC harus diketuai oleh teknokrat bukannya lantikan
politik.
Timbalan
Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kajian kebolehlaksanaan
penanaman hemp untuk tujuan industri dan perubatan akan diteruskan.
PUTRAJAYA: Usaha mengenal pasti kebolehlaksanaan penanaman hemp,
sejenis ganja daripada spesis “cannabis sativa”, untuk tujuan industri
serta perubatan akan diteruskan dan lokasi yang dikenal pasti untuk
penanamannya adalah di Kedah, kata timbalan menteri kesihatan.
Dr Noor Azmi Ghazali bagaimanapun berkata, penanaman itu masih belum
boleh dilakukan memandangkan masih terdapat beberapa perkara yang perlu
dipatuhi kementerian berkaitan, melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber
Asli (KeTSA) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).
“Setakat ini saya difahamkan perkara ini dibawa dan sudah diberi
mandat kepada KeTSA dan MOA untuk menjalankan kebolehlaksanaan kajian
tentang hemp sebagai ubat atau untuk industri. Kita tahu bahawa kanabis
ini terletak di bawah akta dadah yang dikawal KKM.
“Sekarang ini KeTSA perlu buat permohonan untuk dapatkan
kebenaran menanam pokok ini. Saya difahamkan, mereka akan buat tanaman
ini di Kedah dan persiapan sedang dibuat, namun penanaman masih belum
dilakukan.
“Ini kerana masih ada beberapa maklumat yang dalam borang diberikan
Kementerian Kesihatan kepada KeTSA masih belum selesai. Jadi inilah
peringkat yang kita ada sekarang ini berhubung isu ini,” katanya kepada
FMT.
Pada November tahun lalu, Dzulkefly Ahmad sewaktu menjawat tugas
sebagai menteri kesihatan berkata, Putrajaya akan membenarkan penanaman
hemp bagi tujuan penyelidikan industri. Kebenaran itu dibuat bawah
Seksyen 6B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dzulkefly berkata, menteri kesihatan mempunyai kuasa mengizinkan
penanaman hemp untuk pengeluaran serat dan biji sahaja bagi tujuan bukan
komersial.
Manakala itu katanya, penanaman kanabis bagi tujuan perubatan dan
sebagainya, masih tidak dibenarkan selagi undang-undang tidak dipinda.
Pengarah kanan Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Dr
Ramli Zainal berkata, terdapat banyak prosedur operasi standard (SOP)
yang perlu digariskan berikutan kebenaran penanaman hemp, termasuklah
isu seperti identiti pengimport dan penanam serta tanah apakah yang
sesuai dan berapa lapis serta tinggikah pagar keselamatan yang perlu
dibina.
Noor Azmi berkata, sekiranya kajian kebolehlaksanaan hemp
sebagai ubat berjaya, ia secara tidak langsung akan memberi ruang baru
dan sekiranya terbukti berkesan, KKM perlu meminda Akta Dadah Berbahaya
1952.
Pada masa sama, beliau turut memaklumkan penanaman kanabis memberi
banyak keuntungan dan manfaat, tetapi diharamkan kerana kandungannya
dikaitkan dengan “cannabis sativa”, yang mempunyai bahan yang boleh
menyebabkan kerosakan pada tubuh manusia.
Noor Azmi berkata, dunia, termasuk Malaysia, tersilap pandang
mengenai pokok ini, yang menurutnya boleh dijadikan pelbagai produk
selain ubat-ubatan, seperti baju, plastik, minyak dan biodiesel.
“Orang Melayu bila sebut kanabis, mereka tidak berapa tahu, tetapi
bila sebut ganja, mereka tahu. Saya sudah perhatikan perkara ini,
kanabis merupakan pokok yang sudah wujud ribuan tahun lamanya.
“Kanabis atau hemp yang digunakan untuk tujuan perubatan ini
merupakan satu spesis dengan ‘cannabis sativa’, iaitu marijuana. Perkara
membezakan kedua-duanya adalah kandungan tetrahydrocannabinol (THC)
dalam marijuana adalah sebanyak 30% dan dalam hemp hanya ada 0.3%,”
katanya.
Hemp mempunyai kandungan bahan kimia psikoaktif THC pada kadar sangat
rendah kurang 0.3%, berbanding spesis ganja yang sering dirujuk sebagai
marijuana yang mengandungi kadar peratusan yang tinggi.
Bagaimanapun Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membezakan 2 spesis
ganja ini dan hanya merujuknya sebagai kanabis. Penanaman 6 pokok
kanabis jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur
hidup dan tidak kurang 6 sebatan.
Kerajaan
komited dalam memastikan Program Pembangunan Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (Risda) mampu mengangkat ekonomi 500,000 pekebun kecil
di seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Dr Abd Latiff
Ahmad.
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan antaranya
meluluskan peruntukan bagi Program Pembangunan Risda berjumlah RM461
juta untuk tahun ini.
“Antara program utama yang dilaksanakan
adalah pembangunan kawasan tanam semula dengan peruntukan RM261 juta,
peningkatan produktiviti dan pembangunan pekebun kecil RM38.2 juta dan
pembangunan semula hasil baru dengan peruntukan RM20 juta,” katanya
dalam kenyataan semalam.
Abd Latiff berkata Risda turut meneruskan
program mempelbagaikan pendapatan dengan menyalurkan bantuan
keusahawanan kepada pekebun kecil melalui aktiviti ekonomi tambahan
dengan peruntukan RM50.3 juta.
“Program
agromakanan seperti ternakan, tanaman jangka pendek dan panjang turut
dilaksanakan untuk memberi sumber pendapatan kedua kepada pekebun
kecil,” katanya.
Dr Abd Latiff berkata bantuan khas Hari Raya
Aidilfitri 2020 Covid-19 bernilai RM300 turut diberi secara one-off
kepada 291,904 pekebun kecil Risda yang terjejas pendapatan akibat
penularan wabak itu.
Risda juga membuat bayaran dividen sebanyak
RM42.7 juta kepada 31,436 orang pekebun kecil yang layak dan sebanyak
RM12.8 juta daripada jumlah itu dibayar kepada 16,080 peserta Rancangan
Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan RM29.9 juta dibayar kepada 15,356
orang peserta Tanam Semula Komersial (TSK).
Selain itu, Risda juga
menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh 2019 berjumlah RM164.7 juta dan
bantuan yang sama akan disalurkan kepada 274,639 orang pekebun kecil
pada tahun ini.
Sementara itu, Abd Latiff turut mengumumkan
pelantikan Ketua Pengarah Risda yang baru Abdullah Zainal @ Deraman
yang berkuat kuasa Rabu, menggantikan Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan
Mohamad yang menamatkan kontrak perkhidmatannya esok.-Bernama
KETIKA
arahan untuk kekal di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), satu sudut di kawasan rumah mula menjadi tumpuan untuk
dijadikan kebun kecil.
Pengurus acara dan penari, Vijaya Kumari
mendapati dia banyak memberikan hasil dari kebunnya seperti daun kelor
atau lebih dikenali merunggai, petola ular (peria panjang), peria botol
dan pisang kepada jiran terdekatnya ketika tempoh PKP.
Ketika
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Vijaya mula mengedarkan
hasil dari kebunnya kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang tinggal
berdekatan.
"Ketika PKP, kami cuba untuk tidak ke pasar dan mula
menggunakan hasil daripada kebun di belakang rumah. Dan sayur-sayuran
juga semakin subur. Ini bukan hanya tentang hasil, tetapi fakta bahawa
banyak yang dapat daripada tanah dan bumi.
"Pokok peria botol menjalar ke pokok kelor dan buahnya tergantung di pokok itu. Ia satu pemandangan yang luar biasa," katanya.
Bagi seorang penggiat seni, Indumathi Krishan, kebunnya menjadi tempat mendapat inspirasi.
Antara sayur-sayuran dan herba yang subur di kebunnya adalah seperti
kangkung, cili hijau, bendi, pelbagai jenis bayam, halia, halba, kari
serta beberapa pokok buah-buahan.
Isteri kepada seorang doktor
itu berkata, dia tetap pergi ke pasar untuk mendapatkan sayur-sayuran
lain, di samping sayuran di kebunnya yang banyak memberi manfaat.
"Kami bercadang untuk menanam lebih banyak jenis sayuran sebelum PKP.
Kebun organik adalah baik kerana kita mengetahui dari mana kita dapat
sayuran itu," katanya.
Ini turut dipersetujui seorang tutor,
Rukkumani, yang menanam sendiri pokok daun kari, kunyit, jambu batu di
samping herba Tulasi atau kemangi di tanah kecil di belakang rumahnya.
"Saya
berharap sangat ada ruang lebih besar. Saya mahu tanam lebih banyak
tanaman. Kepentingan menanam sayur-sayuran sendiri menjadi lebih ketara
semasa PKP.
"Buat masa ini, menanam sayur-sayuran seperti tomato,
cili dan sayur-sayuran lain dalam pasu adalah pilihan saya kerana ruang
terhad," katanya, menambah pokok mangga di perkarangan rumahnya turut
menghasilkan lebih buah ketika PKP," katanya.
Muhammad
Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah di depan
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. (Gambar Istana Kedah)
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baru, Muhammad Sanusi Md Nor
berikrar menyingkirkan imej “negeri termiskin” dengan mengambil langkah
drastik membasmi kemiskinan dan memfokuskan ekonomi berasaskan
pertanian.
Katanya, Kedah di bawah kepimpinannya akan menjadi negeri jaminan
keselamatan makanan yang mampu memenuhi permintaan seluruh negara dalam
usaha mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan makanan.
Beliau juga akan menumpukan perhatian untuk menyediakan bekalan air
bersih, internet berkelajuan tinggi dan meningkatkan taraf hidup
rakyatnya.
“Kami akan bekerja keras untuk menangani isu yang
membelenggu kami selama ini. Kami juga berharap untuk mendapat maklum
balas membina daripada semua,” katanya pada sidang media pertamanya
selepas dilantik menjadi menteri besar Kedah hari ini.
Sanusi berkata, beliau akan “menekan butang set semula” bagi projek
pembangunan tertentu di bawah kerajaan terdahulu, selain melaksanakan
“projek penting” dan menambah baik projek lain.
Muhammad
Sanusi Md Nor (kiri) dalam sidang media pertamanya di Wisma Darul Aman,
Alor Setar, Kedah. Turut hadir pegawai kewangan negeri, Isahak
Murat. (Gambar Istana Kedah)
Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin
Perikatan Nasional, termasuk Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Presiden
PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang
memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Kedah.
“Kerajaan Kedah komited untuk bekerjasama dengan perdana menteri, Kabinetnya dan jentera persekutuan.
“Kami mahu menyelesaikan isu dan memenuhi keperluan rakyat.”
Katanya, beliau akan memilih barisan exconya dalam masa terdekat.
Sanusi turut mengucapkan terima kasih kepada Mukhriz
Mahathir atas sumbangannya dan kerjasama dalam memastikan peralihan
kerajaan negeri yang lancar.
Mengenai sokongan PAS Kedah kepada Mukhriz sebagai MB sebelum ini, Sanusi berkata, ia adalah jangka masa berbeza.
“Masa itu, saya pergi berjumpanya dan memberi sokongan kepadanya
untuk menjadi MB. Saya berbuat demikian supaya beliau dapat mengelakkan
pertembungan politik yang akan merugikan rakyat. Hubungan (dengan
kerajaan persekutuan) mula berubah ketika itu.
“Kita perlu sedar yang perubahan kerajaan ini bukan daripada PAS,
tetapi daripada Pakatan Harapan sendiri,” katanya merujuk 2 wakil rakyat
PKR, iaitu Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin yang
keluar parti Selasa lalu serta menyokong PN.
Tindakan 2 Adun itu serta 4 lagi Adun PPBM yang menyokong PN menyebabkan ia mendapat sokongan 23 daripada 36 wakil rakyat.
Susulan itu, Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar selepas hilang sokongan majoriti
Ishak Othman di samping tanamannya di di Kampung Banjar, Ayer Tawar, Perak.
PETALING JAYA: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh
Putrajaya lebih 2 minggu lalu bagi mengekang wabak Covid-19, memberi
kesan langsung kepada pekebun yang menjalankan penanaman kecil-kecilan.
Ishak Othman, 52, yang merupakan petani di Kampung Banjar, Ayer
Tawar, Perak berkata, beliau terpaksa bergelut dengan situasi semasa
negara sehingga perlu mencari jalan penyelesaian sendiri bagi menjual
hasil tanamannya.
“Dahulu tidak ada masalah dari sudut pasaran. Sekarang ini dalam
tempoh 2 minggu ini, disebabkan wabak Covid-19, memang ada sedikit
masalah dengan pasaran. Terung merupakan antara sayuran yang ditanam di kebun seluas 3 ekar milik Ishak.
“Hasil tanaman tidak boleh dihantar ke Pasar Selayang,” katanya kepada FMT.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, tempoh
pelaksanaan PKP dilanjutkan sehingga 14 April disebabkan peningkatan kes
positif Covid-19.
Ishak yang menceburkan diri dalam bidang pertanian sejak 2008 dengan
mengusahakan tanaman timun dan terung di tanah seluas 3 ekar, berkata
ini merupakan kali pertama pendapatannya menurun mencecah hingga 50%.
“Pemborong tidak lagi membeli dengan kadar biasa. Hal ini kerana,
mereka juga bimbang tidak dapat menjualnya dan terpaksa mengagih-agihkan
tanaman di kedai-kedai runcit sayur berhampiran dengan Setiawan, Perak.
“Sedangkan saya perlu membayar gaji 4 orang pekerja, kos racun, kos
baja dan kos penghantaran. Pendapatan juga antara RM200 hingga RM300
selang sehari.
“Bermakna antara RM100 hingga RM150 sehari. Jika dahulu boleh cecah RM400 hingga 500 untuk 2 hari,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Ishak, masalah bekalan sayur tidak
terjual dapat diselesaikan dalam tempoh PKP fasa pertama apabila
Putrajaya memberi jaminan pasar-pasar awam seluruh negara tidak ditutup
semasa PKP.
“Masalah pasaran sudah semakin baik, tauke juga sudah ambil antara 8
hingga 10 bakul hasil tanaman. Baki sayuran selebihnya, saya sendiri
cari kedai-kedai di sekitar sini, untuk letakkan dan jual secara runcit.
Ada masa hasil tanaman habis dijual, ada masa tidak,” katanya.
Sukar dapat bekalan baja
Masalah yang dialami Ishak bagaimanapun tidak berakhir apabila beliau
sukar mendapatkan bekalan baja, memandangkan kedai baja berhampiran
kebunnya menutup sementara operasi mereka dalam tempoh PKP.
“Kedai-kedai di sini tidak lagi menjual jenis baja yang saya
perlukan. Menurut mereka, ketika ini lori-lori yang membawa baja tidak
lagi dibenarkan untuk menghantar barangan ke kedai-kedai. Ia memang
menjadi masalah pada saya.
“Saya sendiri runsing daripada mana saya hendak dapatkan baja dalam
keadaan sekarang ini. Kalau sudah ada baja tidak ada masalah.
“Apa-apapun, saya sangat berharap supaya kawasan sini tidak dikenakan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jika berlaku, memang
bertambah rugi lah saya,” katanya.
Terpaksa jual secara runcit
Seorang lagi petani, Rashidi Salleh, 49, yang mengusahakan tanaman
jagung di Kampung Paya Ladang, Chenor, Pahang sejak 3 bulan lalu
berkata, harapannya untuk melihat hasil pertama dibeli secara borong
lebur sekelip mata dan terpaksa menjualnya secara runcit. Rashidi Salleh di samping tanaman jagungnya di Kampung Paya Ladang, Chenor, Pahang.
“Pemborong tidak mahu ambil kerana mereka juga takut tidak boleh
jual. Jadinya, saya terpaksa jual runcit, jadi keadaan itu susah
sedikit, dengan cara ini saya boleh menjual antara 600 tongkol jagung
dalam sehari. Sedangkan pengeluaran jagung untuk sehari boleh mencecah
antara 1,000 hingga 1,500 tongkol.
“Jual runcit ini tidak sama, kerana kita tidak tahu berapa jualan
untuk hari ini dan esok, semuanya bergantung pada nasib dan rezeki.
“Apatah lagi dalam tempoh PKP ini, orang juga tidak ramai untuk keluar dari rumah, jadi memang terjejaslah perniagaan,” katanya.
Beliau yang menanam jagung di tanah seluas 4 ekar sudah membelanjakan
lebih RM50,000 untuk keseluruhan perbelanjaan di peringkat permulaan,
berharap hasil jualan tanamannya dapat memberikan pulangan untuk
pusingan kedua tanaman. Rashidi terpaksa menjual jagung secara runcit sejak pelaksanaan PKP. (gambar gerai)
“Saya ini baru pertama kali menanam jagung. Modal memanglah agak
besar untuk peringkat permulaan kerana saya membelanjakan wang untuk
kerja cuci tanah, ratakan tanah, pemasangan paip air, benih dan
sebagainya. Tetapi tidak tahu pula jadi begini,” katanya.
Rashidi berkata, berdasarkan pengalaman rakan-rakannya sebelum PKP,
mereka boleh menjual sehingga 2,000 tongkol sehari kepada pemborong.
Namun, semasa tempoh PKP, amat sukar untuknya menjual sehingga 1,000
tongkol sehari.
“Sebenarnya kalau ikut dalam keadaan biasa, memang tidak ada apa-apa
isu. Sebelum menanam, saya juga ada buat survey, berdasarkan pemerhatian
memang tidak ada masalah dari sudut penjualan, bahkan pemborong juga
tidak ragu-ragu untuk ambil hasil tanaman.“Ketika ini, kalau ada pemborong yang berminat untuk membeli, mereka pula tawarkan dengan harga yang amat murah.
“Sekiranya saya bersetuju untuk jual kepada pemborong berkenaan, saya
pula yang jadi rugi, saya tidak mahulah macam itu,” katanya.
Jelasnya, tidak dinafikan terdapat beberapa agensi kerajaan berusaha
membantu perniagaannya, namun beliau tidak dapat melakukan apa-apa
kerana terdapat kekangan logistik dan permintaan dalam tempoh PKP.
“Saya berterima kasih kepada jabatan kerajaan kerana turut
mempromosikan hasil tanaman saya. Memang ada pembeli yang hubungi tetapi
masalah lain pula yang timbul, kerana dalam tempoh PKP ini, pembeli
lebih berminat untuk penjual hantar barangan hingga ke rumah.
“Macam saya ini di Chenor, dapat mesej dari Maran, Kuantan dan
lain-lain, macam mana saya hendak hantar. Macam tidak komersial dan
tidak berbaloi apabila pembeli hanya beli jagung untuk nilai RM20 tetapi
saya kena hantar 40km,” katanya.
Ditanya, apakah yang akan dilakukan bagi memastikan kelangsungan
hasil tanamannya terjual dalam tempoh 14 hari lagi, Rashidi berkata
beliau akan terus berusaha untuk menjual hasil tanamannya secara runcit
dan berharap ada pemborong yang membeli jagungnya walaupun sedikit.
“Inilah cabaran yang perlu saya hadapi, walaupun dalam keadaan begini saya berharap dapat habiskan jualan,” katanya.
Ulat putih atau ulat pengorek (gambar kecil) padi berleluasa menyerang tanaman di Seberang Perak hingga menjejaskan sumber pendapatan pesawah musim ini.
PASIR SALAK - Lebih 2,000 petani di Seberang Perak di sini hampa apabila sawah seluas 5,000 hektar yang diusahakan mereka rosak akibat serangan ulat pengorek batang padi (chilo suppressalis).
Pesawah, Mazlan Azhar, 57, berkata, serangan makhluk perosak yang digelar sebagai ulat putih itu menjejaskan hampir 70 peratus hasil pendapatan mereka pada musim ini.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan petani mengalami kerugian berikutan hasil yang diperoleh sangat minimum malah, ada yang terpaksa menanggung hutang.
"Serangan ulat putih ini berlaku sejak Oktober lalu. Bukan itu sahaja, kami berhadapan dengan serangga cenangau serta tumbuhan rumput yang lebih dominan di sawah ini. Ia berlaku secara serentak.
"Pelbagai usaha dilakukan termasuk meracun secara bersepadu dengan menggunakan dron serta membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli racun. Racun diguna dua kali ganda tetapi ia tidak berhasil seolah-olah ulat ini sudah imun," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.
Mazlan berkata, pengairan petak sawah dipercayai menjadi punca serangan makhluk perosak itu selain kelewatan mendapat benih sehingga terpaksa menempah dari negeri lain termasuk Kedah dan Johor.
"Benih kami dapat lambat, sepatutnya tabur bulan Ogos, tetapi September baru dapat. Pengairan petak sawah lewat juga memainkan peranan.
"Dua faktor ini menyebabkan kami berhadapan dengan pelbagai masalah penyakit padi. Musim lalu kami rehat lima bulan disebabkan kelewatan sistem pengairan dan agihan benih.
"Sepatutnya waktu ini kami sudah selesai tuai dan sudah mendapat hasil yang boleh digunakan untuk belanja persekolahan anak-anak. Dengan keadaan sekarang ini, pendapatan kami tidak rancak dan modal pusingan pun tiada," katanya.
Mazlan Azhar (kiri) dan Saifuddin Mohd Shod. Mazlan Azhar (kiri) dan Saifuddin Mohd Shod.
Petani muda, Saifuddin Mohd Shod, 40, berkata, dia yang mengusahakan tanaman padi sejak empat tahun lalu jarang berdepan masalah serangan ulat putih sebelum ini.
“Dari jauh nampak elok, tetapi sebenarnya tak ada apa-apa. Bila padi masak, tengok-tengok dalam tu kosong dan tiada isi, jadi padi hampa.
"Kami minta Jabatan Pertanian dapat mengikut jadual asal agar mempercepatkan kemasukan air dan penyediaan benih pada musim depan," katanya.
Dengan serangan makhluk perosak ini, Saifuddin mengharapkan pihak syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dapat memberi kelonggaran berkaitan pemotongan gred padi.
Sementara itu, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari ketika dihubungi mengambil maklum perkara itu dan menunggu laporan penuh daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak.
Pesawah menggesa kerajaan untuk membantu menyelesaikan serangan makhluk perosak berikutan penggunaan racun yang tidak memberi kesan.
Pesawah menggesa kerajaan untuk membantu menyelesaikan serangan makhluk perosak berikutan penggunaan racun yang tidak memberi kesan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/63626/EDISI/Perak/Padi-musnah-dirosakkan-ulat-putih