Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Protes dalaman sebaik sahaja Pengerusi BN,
Datuk Seri Najib Razak mengisytihar senarai calon BN, hampir pasti
berlaku sama ada secara terbuka atau senyap.
Ia berikutan cadangan Najib meletak ramai muka baru di kawasan BN
tewas pada PRU 12, tidak disenangi pemimpin senior yang mahu menjadi
calon.
Pada masa sama, pemimpin senior yang digugur mahu orang sendiri
menggantikan kedudukannya, sebaliknya kerusi diberi kepada orang lain.
Mengikut sumber, beberapa kumpulan tertentu di beberapa negeri
berbeza sudah menjalin perjanjian sulit untuk memenangkan calon Pakatan,
sebagai protes senyap.
Mereka dikatakan berlakon menyokong BN tetapi mengajak penyokong
memastikan calon BN kalah asalkan mereka tidak diketepi apabila Pakatan
membentuk kerajaan.
Situasi itu, mengikut sumber, lebih buruk berbanding PRU 12 yang
dianggap ‘kejadian undi protes paling buruk di Malaysia’ berikutan
faktor ‘Khairy Jamaluddin’.
Protes terbuka seperti yang dilakukan 30 penyokong BN depan ibu
pejabat Umno semalam berikutan tidak berpuas hati dengan calon payung
terjun ke DUN Seri Setia, dijangka menjadi-jadi.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Pengarah Biro Latihan
KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub berkata hasrat Najib meletak calon ‘katak’
dari Pakatan turut dibantah ahli akar umbi.
Katanya, campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan
calon, juga tidak dapat dielak bagi menjaga kepentingannya sedangkan
Najib punya hitungan sendiri.
Malah, Mahathir secara terbuka memberi isyarat kepada Najib supaya
mengetepi calon BN untuk memberi laluan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim
Ali di Parlimen Pasir Mas.
“Tindakan letak calon tak popular dapat tentangan. Kehendak akar umbi
dibalas sikap pucuk pimpinan Umno BN yang seolah-olah mahu menguasai
semuanya.
“BN retak, Umno tikam sesama sendiri. Campur tangan pucuk pimpinan
Umno BN berlaku kerana faktor calon dilihat sangat penting,” kata calon
Parlimen KEADILAN Pasir Salak yang turut mendapati persaingan kerusi
antara parti komponen BN juga, sengit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan