Rabu, 12 Disember 2012

Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

Staff Berita Semasa 
 
Superbike Pelesit AES Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!
Sempat bergambar sebelum mula berlakon?

Baru-baru dalam episod Majalah 3 pada hari Sabtu yang lalu, wartawan Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan berkaitan dengan “AES” dalam salah satu slot di Majalah 3. Malangnya, laporannya itu mendapat kritikan daripada orang ramai terutamanya kalangan penunggang superbike dan juga penonton setia Majalah 3.

Semestinya penonton setia Majalah 3 TV3 mengharapkan informasi yang disampaikan adalah benar belaka tanpa sebarang agenda tersembunyi untuk memperdayakan penonton. Contohnya….kalau terdapat adegan lakonan dalam laporan yang disediakan, perlulah dimaklumkan semasa siaran.

Mazidul Akmal AES Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

Malangnya, harapan pihak Majalah 3 TV3 untuk membuatkan orang kampung pedalaman terangguk-angguk mempercayai setiap butir laporan dalam slot tersebut sehingga mengeluarkan komen seperti ini :
“…Jahatnyer budak-budak motor ni…isshh..ishhh…ishhhh. Betul kata Majalah 3 macam pelesit mereka ini. Nasib baik ada AES. Terima kasih AES. “
menemui kegagalan apabila seorang pengguna Facebook yang menggelarkan dirinya APeyjal Kacung yang juga merupakan pemilik kedai Creative MakeOver membuat pendedahan mengatakan 2 orang penunggang superbike yang dipaparkan dalam slot “AES” bagi rancangan majalah 3 TV3 itu adalah merupakan rakan beliau sendiri yang digunakan untuk tujuan lakonan. Pulak…..

APeyjal Kacung Facebook Superbike Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

Yang mana satu? Sedangkan dalam slot tersebut tidak diletakkan tanda “aksi ini hanya lakonan semata” .

Video Rakaman : Slot “AES” Majalah 3 (Laporan Mazidul Akmal Sidek)

Apabila ditanya persoalan ini kepada Mazidul Akmal Sidek, ini jawapan balas beliau….

Mazidul Akmal Sidek Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!


Persoalan orang ramai, masih belum terjawab lagi. Jawapan masih lagi pusing-pusing sekitar itu sahaja. Mungkin agaknya pihak majalah 3 TV3 terlupa yang sekarang ini sudah menginjak tahun 2012, bukannya tahun 1990 an lagi.

Majalah 3 AES Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

P/S : Yang salah tetap salah. Sesiapa yang memandu atau menunggang dalam erti kata lain berbahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain, mereka ini memang patut dikenakan tindakan. Tidak kira sesiapa pun.

PP/S : Cuma kalau boleh,persoalannya sekarang ini janganlah yang tiada diada-adakan semata-mata “mahu menghalalkan” setiap agenda yang dirancang.

Tiada ulasan: