Sejumlah
3,011 ibu tunggal hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri
Selangor menuntut tunggakan kira-kira RM16.26 juta kerana kegagalan
kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal
di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum
2008.
Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.
Mereka berkata kerajaan negeri Selangor bersikap tidak rasional apabila tidak memberikan alasan atas kegagalan membayar elaun tersebut.
Plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 3,011 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah kira-kira RM16.26 juta daripada defendan.
Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.
Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan skim itu.
Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'.
Sementara itu, Murtini ketika ditemui wartawan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan persatuannya menjadi kuda tunggangan parti politik tertentu untuk memfailkan saman tersebut.
"Kami tidak mengharapkan simpati tetapi mahu menuntut balik apa yang dijanjikan kepada golongan ibu tunggal dalam manifesto pilihan raya umum 2008," katanya.
Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata kumpulan kedua ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari 11 kawasan Parlimen iaitu Shah Alam, Tanjong Karang, Hulu Langat, Kota Raja, Klang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Selayang, Gombak dan Sabak Bernam.
Pada 22 Nov lepas, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan sama yang melibatkan sejumlah RM10.9 juta.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan