Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR - Usul anggota Dewan Negara, Senator Zamri Yusuf untuk mengintegrasikan pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai langkah mengemaskini serta membersihkan daftar pengundi di tolak oleh Speaker hari ini.
Mengulas mengenai keputusan Speaker itu, Senator Zamri berkata penolakan cadangan itu hanya akan memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap SPR.
"SPR tak mahu membuat integrasi, cadangan dakwat kekal juga telah ditolak dan ini hanya meningkatkan kesangsian rakyat samada ada sesuatu yang tak kena dengan SPR atau terdapat tekanan serta campurtangan pihak luar dalam SPR," tegas beliau.
Beliau juga mempersoalkan Rang Undang-undang baru yang dibahaskan dalam Dewan hari ini di mana SPR meminta peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk menampung perbelanjaan bagi tahun 2009 dan tambahan RM3 juta untuk tahun ini.
Peruntukan tambahan menurut SPR adalah bagi kos mengemaskinikan pangkalan data daftar pengundi serta kos pentadbiran.
Zamri berkata SPR tidak patut membelanjakan wang rakyat begitu sahaja kerana jika langkag intergrasi dilaksanakan, kos sebegini dapat dijimatkan dan wang tersebut boleh disalurkan untuk kegunaan lain yang memanfaatkan rakyat.
Selain itu beliau juga berkata SPR sepatutnya menjalankan kempen berterusan supaya rakyat keluar mengundi pada masa pilihan raya.
"Sama ada individu itu ingin mengundi atau tidak itu hak dia dan SPR perlu berkempen supaya rakyat faham hak mereka untuk mengundi," kata Zamri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan