KUALA LUMPUR : Satu memorandum telah dihantar ke Bukit Aman bagi menggesa Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dengan segera berikutan beberapa siri kecuaian anggotanya.
Menurut Penasihat Malaysian Indian Voice (HINDRAF MY-VOICE), K. Vasantha Kumar, kecuaian dan sikap terburu-buru anggota polis tersebut mengakibatkan dua orang menjadi mangsa tembakan anggota polis
"Sejak sebulan, beberapa kes kematian melanda negara ini hasil daripada kecuaian dan sikap terburu-buru polis.
"Kematian orang ramai akibat tembakan melulu polis telah mendatangkan kebimbangan dan mengeruhkan keamanan negara. Polis seolah-olah bertindak sebagai agensi 'Licences to kill'," kata beliau.
Terbaru, satu lagi siri tembakan polis melibatkan seorang Pesakit mental yang berusia 40 tahun serta S. Surentiran, 21 tahun. Laporan polis juga turut dibuat berkait kes tersebut.
Empat orang polis terlibat dalam insiden menembak dan empat das tembakan telah dilepaskan.
Kedua-dua mangsa kini berada di Hospital Sungai Buluh.
"Sehingga sekarang doktor Hospital Sungai buloh tidak memberi apa-apa rawatan dan enggan bekerjasama dengan mereka. Satu butir peluru masih berada di dada selama lebih kurang 48 jam manakala pengarah hospital Sungai Buloh enggan berjumpa dengan pihak keluarga mangsa dan peguamnya," jelas Vasantha.
Polis Cuai, terburu-buru
Menurut Vasantha, kecuaian dan sifat terburu-buru polis yang melepaskan tembakan ke udara menyebabkan pesakit mental tersebut panik dan menjadikan keadaan kucar-kacir. Tembakan kedua dan ketiga pula telah terkena mangsa.
"Pesakit jiwa boleh diurus secara baik dengan cara memujuk, menggunakan gas pemedih mata atau menangkap dengan menggunakan jaringan dan bukan dengan menembak," tegas Vasantha.
Vasantha berkata, tembakan keempat telah dilepaskan secara rambang dan terkena orang awam, S. Surentiran yang kebetulan lalu di kawasan kejadian.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Inspektor Penyelidikan, Perancang, Analisa dan Rekod cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman, Mohd Sail Hasan.
Dalam memorandum tersebut, Vasantha juga menggesa panel siasatan dalaman yang telus dan bersih bagi menyiasat perkara ini dan memberi maklumat yang benar kepada rakyat.
Vasantha yang juga bekas tahanan ISA meminta empat anggota polis yang terlibat dalam insiden ini digantung kerja sehingga keputusan siasatan dalaman selesai.
Beliau bertegas mahu mereka yang terlibat dalam kecuaian sehingga mengakibatkan kecederaan dan maut perlu di dakwa di bawah Seksyen 304 kanun keseksaan bagi keadilan.
Bagi beliau, siri insiden tembakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengakibatkan rakyat mula takut, gentar, gelisah dan dalam dilema.
"Oleh itu, Tan Sri Musa Hassan dengan rela hati keluar atau meletakkan semua jawatan dalam PDRM dengan segera demi kebaikan rakyat dan negara," tegas Vasantha lagi.
Selasa, 11 Mei 2010
Memorandum Dihantar Minta Musa Hassan Letak Jawatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan