Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM PENANGKAPAN kroni ketiga Ketua Menteri Sabah, iaitu C.L Tan yang menjadi Pengarah Fast Progress Sdn Bhd begitu mengejutkan semua pembalak, terutama selepas penangkapan Freedy Lim dan Andrew Lim yang diterbangkan terus daripada Kota Kinabalu ke Putrajaya; membenarkan khabar angin yang tersebar sebelum ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi berada di dalam ‘kocek’ Musa Aman. Mengikut Siasatan Sabahkini.net, Fast Progress Sdn.Bhd diberikan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah di Kup YL1/00, YL1/01, YS1/01 dan YS2/01. CL Tan telah ditangkap di Kuala Lumpur pada pagi 12 Mei 2010 kerana CL Tan dituduh bersama dengan Ngui Ing Chuan yang telah membayar sejumlah besar wang sehingga mencapai RM20 hingga RM30 juta kepada Ketua Menteri Sabah itu melalui kroni Musa Aman, Mazlan Zakaria. Mazlan Zakaria sebelum ini hanyalah ‘Bell Boy’ di Hotel Hilton sebelum diambil Musa Aman sebagai Proksi dan Kroni empayar perniagaannya. Mazlan akan memasukkan semua wang rasuah yang diterima Musa Aman kepada Peguam yang bernama Richard Barnes; yang bertindak menyuci wang tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukan semula wang tersebut ke akaun Musa Aman di UBS AG, Hong Kong dan Citibank, Singapura. Manakala Ngui Ing Chuan yang selama ini digelar ‘Bapa’ oleh semua pembalak kerana member pinjaman mudah kepada ramai pembalak, juga telah ditangkap oleh SPRM pada 4 Februari 2010 semasa kembali dari Hong Kong untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ngui Ing Chuan mempunyai syarikat, Borion Enterprise Limited yang berpangkalan di Hong Kong dan melalui Borion telah menyuci dan menyeludup ratusan juta ringgit daripada Malaysia. Borion adalah antara Syarikat terunggul mencuci wang untuk pembalak di Sabah dan Sarawak. Ngui Ing Chuan telah melantik seorang yang bernama Wong Sin Onn di Tawau untuk menolong beliau menyeludup balak, wang dan menyuci wang. Wong Sin Onn melalui Megabig Trading Sdn Bhd di Sabah telah menyuci beratus juta wang dari Sabah dan Sarawak ke Hong Kong. Sebahagian wang yang telah dicuci ke Hong Kong juga dimasukkan kembali ke Malaysia sebagai Direct Foreign Investment/ DFI dan melabur di sebuah Kilang Plywood di Seguntor, Sandakan milik Megabig Enterprise Sdn Bhd. Ngui Ing Chuan dan Wong Sin Onn telah berjaya ‘menutup mata’ kesemua agensi kerajaan yang kononnya pelaburan yang diterima daripada Hong Kong adalah Direct Foreign Investment/DFI. Menurut maklumat dalaman SPRM, selepas penangkapan Ng Ing Chuan, Freddy Lim, Andrew Lim dan CL Tan, ramai lagi kroni Musa Aman dijangka diberkas SPRM sebelum mereka dihadapkan ke Mahkamah secara serentak atas tuduhan menjalankan kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan. Penangkapan ramai kroni Musa Aman ini akan memberi kesan kepada imej Kerajaan Negeri Sabah yang dilindungi Perdana Menteri Malaysia sebelum ini yang digelar ‘Mr Clean’ sebelum bertukar kepada ‘Vacuum Cleaner’, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha Musa Aman untuk ‘membeli’ Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak melalui penganugerahan pingat Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.D.K) kepada Datuk Seri Rosmah Mansur ternyata gagal kerana Najib tidak teruja dengan anugerah yang diberikan kepada isterinya; malah meneruskan ‘Dasar Pembersihan Dalam Pentadbiran Kerajaan’ dengan mengarahkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang rasuah dan menyalahguna kuasa. Kesungguhan dan kecekapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Abu Kassim Mohammad dan Timbalannya, Datuk Mohd Shukri Abdull memberi kekuatan baru kepada SPRM yang sebelum ini menerima pelbagai tohmahan dan dijangka akan memberikan sinar baru dalam usaha membebaskan Malaysia daripada kancah rasuah. |
Khamis, 13 Mei 2010
LAGI KRONI MUSA AMAN DIBERKAS SPRM!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
perkara ini amat memalukan kerajaan negeri sabah. bagaimanapun siasatan terperinci hendak dijalankan bagi mengenal pasti sejauhmana KM sabah terlibat dalam perkara ini. ini kerana belum ada bukti kukuh bahwa beliau terlibat.
kesungguhan dan kecekapan SPRM perlu dipuji dan dasar pembersihan dalam pentadbiran kerajaan perlu dijalankan secara berterusan. tapi kenyataan yang melibatkan Musa Aman dalam isu rasuah ini perlu bukti yang kukuh terlebih dahulu.
gejalah rasuah dikalangan kakitangan kerajaan perlu dibendung. ini bagi memastikan imej kerjaan tidak tercemar. kecekapan SPRM dalam membendung gejala rasuah amat dipuji.
tidak adil bila orang lain diberkas tapi KM sabah pula yang konon terlibat. malah tajuk artikel pun guna nama beliau. sedangkan tiada bukti yang kukuh melainkan penggunaan 'kroni' untuk mengaitkan beliau dalam hal ini.
ya... kenapa nama beliau dikaitkan sedangkan tiada bukti kukuh pun yang beliau terlibat. ini merupakan tuduhan yang tidak berasas.
diharap agar andaian2 yang belum pasti kebenarannya tidak diisukan...kesungguhan SPRM untuk mencegah rasuah adalah amat terpuji dan usaha serta komitmen seperti ini harus diteruskan....bukti2 kukuh harus dikemukakan sebelum membuat sebarang tuduhan....
SPRM kena membuat siasatan lebih terperinci bagi memastikan siapa lagi yang terlibat dalam gejala rasuah ini.
kroni musa itu telah dibebaskan daripada reman, belum ada bukti kukuh lagi untuk melibatkan mereka..
Catat Ulasan