Khamis, 13 Mei 2010

LAPORAN POLIS TERHADAP PENDAKWARAYA UMA DEWI SUBRAMANIAM KERANA GANGGU PROSES PENGHAKIMAN?

Oleh: HAFIZ JAMAIL


MANTAN Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Hj M.P Ebrahim telah membuat satu laporan kepada Polis di Balai Polis Karamunsing mengadu supaya Polis mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah terhadap seorang Timbalan Pendakwaraya, bertugas di Jabatan Peguam Negara, Mini Putrajaya Kota Kinabalu yang didakwa olehnya telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Pendakwaraya menggangu seorang saksi yang disapena untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Pada Januari 2009, OKK Hassnar M.P Ebrahim telah memfailkan satu saman sivil terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim; DSP Jaini B Abd Kadir selaku Ketua Polis Daerah Kinabatangan serta beberapa puluh anggota Polis lain yang terlibat dalam satu operasi menangkap pekerjanya dalam kawasan tanah bergeran.

OKK Hassnar Hj Ebrahim dalam penyata tuntutannya menuntut ganti rugi atas tindakan Polis yang telah menyebabkan dia mengalami kerugian dan menggangu perusahaan perladangannya di tanah bergeran terletak di Latangon, daerah Kinabatangan, Sandakan.

Ketika penyampai saman yang telah diamanah melaksanakan tugas mereka untuk menyempurnakan penyampaian saman kepada Pesuruhjaya Polis Sabah bersama beberapa pegawai peringkat atasan lain, pihak Polis pula telah mengambil tindakan balas dengan mendakwa OKK Hassnar Hj Ebrahim atas tuduhan berbunyi;

“Bahawa kamu pada 10 September 2007, jam lebih kurang 1.00 petang, bertempat di kaunter pertanyaan Polis, Balai Polis Karamunsing, dalam daerah Kota Kinabalu, di dalam Negeri Sabah, telah berkelakuan tidak senonoh atau aib dengan berkata “kamu tu Polis hanya tahu tembak orang saja dan tidak payah kamu mengucap kerana tuhan kamu hanya mahu terima rasuah sahaja” kepada L/Kpl Siti Aminah Bte Sidin No. Polis R 132553. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 90, Akta Polis 1967”.

Pada 31 Mac 2010, OKK Hassnar telah diperintahkan membela diri oleh Majistret Puan Noor Hafiza Binti Mohd Salim.

Pada 10 Mei 2010, seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Shamsul Hj Abdul Latip, saksi yang disapena mengakui ada dipanggil oleh seorang anggota Polis berpangkat Sarjan dari Balai Polis Penampang. Selepas berjumpa anggota Polis berkenaan, saksi tersebut juga mengakui ada pergi ke Jabatan Peguam Negara di Mini Putrajaya, Kota Kinbalu untuk berjumpa dengan Pendakwaraya, Puan Uma Dewi A/P Subramaniam.

Walaupun Nota Prosiding perbicaraan mengikut rekod Majistret belum diperolehi tetapi Krew Sabahkini.net sempat merekod soalan yang dikemukakan oleh Peguambela OKK Hassnar, Haji Ansari Abdullah, ketika menyoal Shamsul Hj. Abdul Latip seperti berikut:

Hj Ansari: sebelum kamu menerima sapena untuk hadir dalam perbicaraan ini ada pernah kamu diambil kenyataan oleh pihak Polis?

Shamsul: Ada

Hj Ansari: Bila ?

Shamsul: Saya tidak pasti berapa haribulan tapi ada di Balai Polis Penampang. Saya dan beberapa orang pegawai JPJ

Hj Ansari: Kamu ingat nama pegawai

Shamsul: Tidak ingat

Hj Ansari: Selepas kamu menerima panggilan untuk hadir ke perbicaraan hari ini adakah kamu ada disoal atau dipanggil oleh mana-mana pegawai?

Shamsul: Ada lagi dipanggil di Balai Polis Penampang.

Hj Ansari: Selepas kamu terima sapena?

Shamsul: Ada di Balai Polis Penampang

Hj Ansari: Bila itu?

Shamsul: Selepas terima sapena, sehari selepas hadir Mahkamah

(Ulang)

Hj Ansari: Ada dipanggil ke Balai Polis Penampang sehari selepas hadir Mahkamah adakah perkara ini yang sama atau yang lain-lain?

Shamsul: Perkara yang sama.

Hj Ansari: Jadi dua-dua itu merujuk kepada satu kejadian?

Shamsul: Ya

Hj Ansari: Ada mana-mana pegawai pendakwa selain pegawai polis soal siasat kamu?

Shamsul: Soal siasat tiada

Hj Ansari: Soal siasat tiada, Tanya-tanya?

Shamsul: Tanya-tanya ada di Pejabat Peguam

Hj Ansari: Siapa Pegawai?

Shamsul: Puan Uma Dewi

(ulang)

Hj Ansari: Soal siasat tiada, tanya saja

Shamsul: Ya

Hj Ansari: Apa Puan Uma tanya kamu?

Shamsul: Dia tanya apa yang berlaku?

Hj Ansari: Adakah kamu tahu, sebagai saksi peguambela. kamu tidak seharusnya bercakap tentang kes ini?

Shamsul: Tidak

Hj Ansari: Berapa orang yang dipanggil oleh Puan Uma?

Shamsul: Saya seorang saja

Perbicaraan pertuduhan ke atas OKK Hassnar akan disambung bicara pada jam 02.15 petang, 13 Mei 2010 di Mahkamah Majistret 3, Kota Kinabalu di hadapan Majistret Puan Noor Hafiza Mohd Salim

Tiada ulasan: