IPOH: Kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim gaji minimum terutama di sektor industri yang dilihat masih terlalu rendah sebaik sahaja kajian terhadap kesannya selesai.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata, pada masa sekarang pihaknya masih membuat pertimbangan pelbagai pandangan terhadap kesan yang timbul apabila ia dilaksanakan.
"Kita masih membuat kajian dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai segi untuk menetapkan bagaimana kita akan menghadapi isu itu serta mendapatkan penyelesaian," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan cermin mata oleh MIC Bahagian Ipoh Barat kepada 200 murid miskin di sini semalam.
Ketika ditanya mengapa kajian terhadap pelaksanaan skim gaji minimum mengambil masa lama, beliau berkata skim gaji minimum merupakan satu isu besar dan ia mesti dikaji secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan.
"Tindakan ini penting kerana kita mesti mengambil kira kesan-kesan dan implikasi akibat pelaksanaannya. Untuk memberitahu satu masa yang tepat (bila ia dilaksanakan) itu susah sedikit, tetapi memang kita akan melaksanakannya seberapa cepat yang boleh," katanya.
Bagaimanapun Subramaniam berkata, kerajaan menyedari bahawa gaji terutama membabitkan sektor swasta ketika ini agak rendah dan ia memerlukan satu perubahan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Kalau dibandingkan dengan gaji di sektor awam yang memang naik beberapa kali ganda dalam beberapa tahun lepas sebaliknya di sektor swasta pula dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lepas gaji mereka telah padat (tidak berubah), itu yang jadi isu," katanya.
Mengulas rungutan pengusaha ladang sayur-sayuran di Cameron Highlands yang kekurangan pekerja akibat tindakan kerajaan menghentikan pengambilan pekerja asing, beliau berkata, masalah itu tidak seharusnya timbul.
Ini kerana pengambilan pekerja asing masih dibenarkan dalam bidang-bidang tertentu seperti pertanian, perladangan, pembuatan serta dalam perkhidmatan tertentu, katanya.
Beliau berkata, tindakan kerajaan menghentikan pengambilan pekerja dariBangladesh adalah berdasarkan isu sosial dan keselamatan.
10 ulasan:
pelaksanaan gaji minima akan dapat meningkatkan taraf hidup pekerja terutamanya dalam sektor swasta yang mempunyai kadar gaji yang lebih rendah.. ia telah lama dinantikan.. diharap pelaksanaannya akan dilakukan segera.
diharap skim gaji minima akan segera dilaksanakan untuk kepentingan rakyat...
pelaksanaan gaji minimum sememangnya perlu mengambil kira keadaan ekonomi malaysia pada masa kini. namun perlaksanaannya dapat mengurangkan jurang antra gaji sektor awan dan swasta.. ia juga untuk kepentingan pekerja-pekerja di malaysia..
alangkah baiknya jika kerajaan dapat melaksanakan skim ini. ia dilihat sebagai keperihatinan dan pembelaan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup semua rakyat. di sabah misalnya masih ada syarikat besar yang memberikan gaji rm450 sebulan yang difikirkan tidak munasabah pada zaman ini.
diharapkan pelaksanaan skim ini dapat diterima oleh semua syarikat2 swasta di Malaysia.
Berita baik ni.. harap2 di sabah pun ada juga gaji minima.. penat sudah aku ni kerja.. Tapi nda pandai naik gaji... Kalau gaji sedia tinggi lain cita, ni gaji pun nda cukup syarat mau CCM kereta kancil even 2nd hand. huhuhu
Ya somboi.. mmg da lama dinantikan skim gaji minima ni.. harap2 ada berita gembira lah nanti. hehhee
ya karaabau.. gaji minima ni sgt ptg utk rakyat.. terutamanya yg berpendapatan rendah..
Ya 2718 :) kalau dilaksanakan, konpom akulah manusia yg paling happy.. hehheee
Aduuii tolonglah ya kerajaan, laksankanlah skim ni secepat mungkin :)
pelaksanaan gaji minima perlu diberikan. ini kerana masih banyak pekerja yang mendapat gaji yang sangt rendah.. sehingga ada yang mendapt RM350 sebulan.. gaji ini adalah terlalu rendah.. denga pelaksanan gaji minima ini.. beban pekerja dapt dikurangkan..
Catat Ulasan