| Oleh: ZIELAH HAJI AMAN Pada 13 Mei 2010, selain saksi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Kota Kinabalu yang disapena beberapa saksi awam turut juga disapena untuk memberi keterangan dalam perbicaraan PP Lawan Hassnar Bin Hj MP Ebrahim. Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar Bin Hj MP Ebrahim telah didakwa atas tuduhan berbunyi: “Bahawa kamu pada 10 September 2007 jam lebih kurang 1.00 petang, bertempat di kaunter pertanyaan Polis, Balai Polis Karamunsing, dalam daerah Kota Kinabalu, di dalam Negeri Sabah, telah berkelakuan tidak senonoh atau aib dengan berkata “kamu tu Polis hanya tahu tembak orang saja dan tidak payah kamu mengucap kerana tuhan kamu hanya mahu terima rasuah sahaja” kepada L / Kpl Siti Aminah Bte Sidin No. Polis/ R 132553. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 90 Akta Polis 1967”. Zainudin Hassan, saksi awam yang hadir setelah menerima sapena memaklumkan Mahkamah bagaimana seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia bertindak tidak senonoh dan mengaibkannya ketika dia hendak menyampaikan satu saman terhadap pegawai tersebut di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Kepayan. Menurut Zainuddin kelakuan tidak senonoh dan mengaibkannya oleh pegawai tinggi Polis tersebut telahpun dilaporkan kepada Polis pada hari yang sama tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan telah diambil oleh pihak Pendakwaraya. Ketika memberi keterangan bersumpah di hadapan Majistret Puan Hafiza Binti Mohd Salim, Zainuddin berkata bahawa pada 21 Mei 2003 seorang anggota polis yang bertugas mengawal pintu masuk ke Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia telah diarah oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sabah supaya tidak membenarkan Zainuddin masuk dan berjumpa Pesuruhjaya Polis itu untuk menyampaikan satu Writ Saman yang telah dikeluarkan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi Sandakan. Writ Saman berdaftar atas nama Hassnar B Hj. MP Ebrahim lawan Inspektor Majarie Awaljari dan beberapa lain didaftarkan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Sandakan di bawah Kes Guaman S 21-114 of 2002 telah difail oleh OKK Hassnar Hj MP Ebrahim. Terlibat disaman sebagai defendan ialah Datuk Seri Panglima Ramli Yusoff selaku Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengetuai Ops Nyah Dua. Ops Nyah II yang dijalankan bertujuan mengesan, menangkap dan mengusir pendatang tanpa izin telah disalahguna oleh Polis menyebabkan lebih 50,000 anak negeri dan penduduk tempatan Sabah menjadi pelarian di bumi tumpah darah mereka apabila rumah, yang mereka bina atas tanah yang telah menjadi milik mereka, diroboh dengan kejam oleh anggota Polis dan tentera dengan bantuan perkerja dari majis daerah. Kebanyakan tanah terbabit kini bukan lagi menjadi milik anak negeri tetapi ada yang telah diusaha oleh bukan anak negeri dengan geran tanahnya digadai dengan nilai melebihi ratusan juta ringgit. |
Rabu, 19 Mei 2010
KENAPA CP SALAHGUNA KUASA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
perkara ini harus disiasat secara teliti kerana melibatkan hak penduduk tempatan sabah...diharap pihak berwajib akan segera mengambil tindakan..
ya... siasatan perlu dibuat bagi dakwaan ini..
beratnya tuduhan...sya rasa kedua2 pihak pun ada salah jg ni...yg menyaman & disaman pun ada salah...tapi biarla mahkamah yg tentukan siapa yg paling bersalah dalam hal ini....
Yang saya lihat polis hanya menjalankan tugas dan tuduhan terhadap CP perlu disiasat dengan teliti. Hak rakyat tempatan dan isu tanah tidak boleh dipersoalkan tetapi kebenaran di sebalik laporan ini harus disiasat dengan lebih lanjut. Kita kena berhati-hati kerana banyak kes yang mendakwa mereka adalah orang tempatan tetapi sebenarnya mereka hanyalah rakyat asing yang tiada dokumen tetapi sudah duduk di sesuatu kawasan itu bertahun-tahun...lagi-lagi di Sabah.
Gaji polis baru-baru ni sudahpun dinaikkan dan kenapa mereka nak menerima rasuah lagi? Kesimpulannya, kes ini memerlukan siasatan rapi terhadap yang dituduh dan yang menuduh.
orang awam kena hormat polis dan polis juga kena hormat orang awam. berhati2 dengan setiap kenyataan terutamanya yang boleh mengaibkan seseorang... sepatutnya polis lebih teliti dan berhati2 ketika menjalankan tugas kerana tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga keselamatan bukan membebankan orang awam.
berkenaan dengan isu rasuah, biarlah SPRM yang cari buktinya. bagi orang awam yang kehilangan tempat tinggal, diharapkan kerajaan dapat menyalurkan bantuan segera. mungkin ada sebab lain kenapa dirobohkan atau mungkin kecuaian yang tidak disengajakan.
Catat Ulasan