KUALA LUMPUR : Jika Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menyelar Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull, nada sama dikeluarkan oleh Pemuda PAS Kawasan Tawau.
Namun, bagi Pemuda PAS Kawasan Tawau, bantahan mereka terarah kepada Konsert Inul Darastita yang dijangka diadakan di daerah itu penghujung bulan ini selain iklan konsert itu turut dikesan di salah sebuah laman sosial.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Tawau, Darmansyah Lamasa, berkata, tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan masyarakat di daerah itu yang majoritinya beragama Islam selain Inul sendiri ditolak oleh Ulama-ulama dari negara asalnya, Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah.
"Kita yakin suasana akan menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton.
Kita bimbang apa yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini juga akan berlaku di Tawau apabila berlakunya pergaduhan semasa konsert Artis dari Indonesia sehingga menyebabkan kecederaan dan pengunaan senjata-senjata berbahaya yang dibawa masuk ke dalam stadium.
Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku malah kerosakkan harta benda awam tidak akan dapat dielakkan apabila penonton-penonton sudah hilang kawalan dan kewarasan kerana begitu asyik dengan goyangan pinggul Inul dan juga kesan daripada penggunakan benda-benda atau bahan-bahan yang terlarang," katanya.
Beliau turut menyifatkan konsert itu wajar dibatalkan kerana ia hanya membawa kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan moral yang buruk kepada masyarakat Tawau khasnya remaja.
Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau mendesak pihak yang bertanggungjawab meluluskan konsert itu segera membatalkannya sepertimana yang pernah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung yang juga membatalkan Konsert Inul di Stadium Larkin Johor dan Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 2008 lalu.
"Rata-rata penonton yang hadir di siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau di tanahair sendiri.
Jika konsert ini berlaku, maka negara ini seolah-olah 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginan warga Indonesia yang tidak tercapai di tanahair mereka.
Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan membuat bantahan dengan menghantar beberapa memorandom kepada pihak-pihak yang berkaitan dan mendesak agar konsert Inul Darastita di daerah Tawau ini dibatalkan serta-merta sepertimana yang pernah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung yang juga membatalkan Konsert Inul di Stadium Larkin Johor dan Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 2008,” tambahnya.
Iklan dalam konsert itu turut menyatakan konsert artis dari Indonesia itu akan turut disertai oleh artis dari Malaysia yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi.
Baru-baru ini, sebuah konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menampilkan artis dari Malaysia dan Indonesia kecoh apabila berlakunya pergaduhan dalam kalangan penonton sehingga mencetuskan pergaduhan.
Malah, ada di antara penonton itu cedera parah di bahagian kepala akibat ditetak dengan parang selain menyaksikan polis merampas pelbagai peralatan berbahaya.
"Polis turut merampas 28 bilah parang panjang, empat bilah sabit, lima tukul besi, 11 kepala tali pinggang dan 16 batang besi yang ditemui dalam beg-beg galas yang dicampak di sekitar stadium," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman pada 4 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan