Jumaat, 16 Julai 2021

870 kluster COVID-19 masih aktif

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Sebanyak 870 kluster jangkitan COVID-19 masih aktif sehingga Minggu Epid ke-27, berakhir 10 Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata secara kumulatif sehingga 10 Julai lalu, keseluruhan 3,058 kluster dicatatkan.

Katanya, jumlah kumulatif kes jangkitan pula dicatatkan 827,191 kes dengan 84,021 kes masih aktif.

"Jumlah kematian pula keseluruhannya 6,067 kes, dengan 959 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU), 451 (47.0%) kes di ICU dengan bantuan mesin ventilator," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Hadir sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Tiada ulasan: