Ahad, 13 Jun 2021

Usahawan kosmetik, rakan sambung reman

 Oleh NUR HUDA MUSA

Ushawan kosmetik (kanan) dan rakannya kiri ketika dibawa dibawa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik bersama seorang lagi rakannya yang didakwa berkomunikasi secara lucah terhadap kanak-kanak bawah umur di laman Instagram disambung reman dua hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, perintah reman yang tamat hari ini dilanjutkan sehingga Selasa.

“Sambung reman (dua pemilik Instagram) sehingga 15 Jun 2021,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua mereka direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Jumaat.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Ia susulan laporan polis yang diterima berhubung kedua-dua individu itu yang didakwa melakukan amang seksual dengan dua orang kanak-kanak melalui ‘Live’ di Instagram.

Selain itu, mereka turut berpakaian mencolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan rokok elektrik kepada kanak-kanak berkenaan. – K! ONLINE

Tiada ulasan: