Jumaat, 11 Jun 2021

Mangsa nahas LRT bebas boleh saman Prasarana

 Oleh AMREE AHMAD

SEBAHAGIAN penumpang yang mengalami kecederaan selepas tren LRT 
yang mereka naiki bertembung dengan tren lain berdekatan Stesen KLCC.- 
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mana-mana penumpang yang terlibat dalam insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara bulan lalu berhak menyaman operator rel tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ia sejajar dengan prinsip demokrasi diamalkan negara ini untuk pihak tidak berpuas hati membawa kes itu kepada mahkamah.

“Mereka ada hak buat tuntutan, kerajaan tidak ‘lari’ malah pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kena sedia berdepan saman kerana kita menghormati undang-undang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar secara maya hari ini bagi memaklumkan laporan Jawatankuasa Siasatan mengenai nahas itu yang sudah diserahkan kepada Kabinet.

Mengulas lanjut, Ka Siong turut mengesahkan kesemua mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah pun keluar dan dimasukkan ke wad biasa.

“Kita berasa amat lega dan berterima kasih kepada pihak HKL kerana mereka mendapat layanan jagaan terbaik daripada pakar yang bertungkus lumus merawat mangsa,” jelas beliau. -K! ONLINE

Tiada ulasan: