Rabu, 17 Mei 2017

Speaker hantar notis kekosongan kerusi DUN Pujut

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
PETRA JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menghantar notis kekosongan kerusi DUN Pujut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. 
 
Keputusan menghantar notis berkenaan dibuat berdasarkan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak, susulan pemecatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, Jumaat lalu. 
 
Mohamad Asfia berkata, tindakan DAP Sarawak berhasrat menyaman DUN dan Speaker tidak akan menghentikan keputusan penghantaran notis berkenaan yang dibuat berasaskan undang-undang. 
 
"Terpulang kepada mereka mahu menyaman, saya melakukan mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada Dewan," katanya dalam sidang media di DUN Sarawak, di sini sebentar. 
 
Berikutan penghantaran notis itu, Pilihan Raya Kecil DUN Pujut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. 
 
Dr Tiong Choon dipecat daripada DUN Sarawak kerana mempunyai warga negara Australia, mendaftar sebagai pengundi di negara berkenaan dan sudah berikrar taat setia di negara sama.
 
 

Tiada ulasan: