Khamis, 18 Mei 2017

Keluar PPBM: Hamidah kunci mulut

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Othman enggan menafikan atau mengesahkan desas-desus beliau akan keluar parti itu tidak lama lagi.
 
“Setakat ini tiada (nak keluar parti), tapi lepas ni tak tahu lah,” ujar beliau ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Sebelum ini, sumber Antarapos memaklumkan Hamidah akan keluar parti itu dalam masa terdekat, namun enggan mendedahkan bila pengumuman rasmi itu akan dibuat.
 
Sebelum ini, beberapa ahli PPBM mengambil keputusan untuk keluar parti, antaranya Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, Datuk Khairuddin Abu Hassan, dan terbaru, bekas pengasas parti tersebut, Kamarulazman Habibur Rahman.
  
Kamarulazman mengambil keputusan tersebut ekoran kecewa dengan kepimpinan tertinggi parti itu yang bersifat ‘kronisme’ dan pemimpin yang bekerja untuk kepentingan peribadi.              
                                    
Kamarulazman juga mendakwa lebih 800 ahli PPBM dijangka bakal keluar parti dalam tempoh terdekat.
 
 

Tiada ulasan: