Isnin, 15 Jun 2015

Mahkamah tolak permohonan Presiden MIC

SINAR HARIAN



kes mahkamah
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dua permohonan semakan kehakiman oleh Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan empat individu lain, yang mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya diadakan pemilihan semula parti. 
 
Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campurtangan dalam keputusan RoS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional sejajar dengan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18 (b)(1) Akta Pertubuhan 1966.
 
Mahkamah memerintahkan kelima-lima pemohon itu supaya membayar kos RM90,000 kepada RoS, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang juga pencelah dalam permohonan itu.
 
Kesemua pemohon memfailkan dua permohonan berasingan bagi semakan kehakiman untuk mencabar arahan RoS supaya diadakan pemilihan semula parti.
 
Permohonan pertama difailkan pada 23 Feb oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, AK Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan ketua pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah sebagai responden.  – Bernama
 
 

Tiada ulasan: