Isnin, 9 Mac 2015

Tiada cadangan naikkan umur persaraan

Bagilah masa kita melalui proses umur persaraan 60 tahun dahulu.


Datuk Seri Dr Ali HamsaKUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai rancangan menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandang usia masa kini sudah memadai, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan masih belum memulakan perbincangan untuk menaikkan umur persaraan kerana “kita baru sahaja buat semakan mengenai umur persaraan.”

“Bagilah masa bagi kita melalui proses umur persaraan 60 tahun dahulu,” katanya.

Ali berkata, pada masa sekarang kerajaan akan mengekalkan umur persaraan semasa iaitu 60 tahun.
Ditanya sama ada beliau pernah menerima cadangan berkenaan, Ali berkata beliau hanya mengetahuinya melalui media, lapor Bernama.

Pada Sabtu lalu Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, ia berikutan negara maju seperti Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat menetapkan umur persaraan kakitangan awam pada 65 tahun.

Tiada ulasan: