Sabtu, 7 Mac 2015

Shafee: Ada keterangan Anwar cubit puting

MALAYSIAKINI


 


Keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim "mencubit-cubit puting" bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ada dalam rekod mahkamah, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

"Baca keseluruhan rekod rayuan (kes liwat) anda akan temuinya! Begitu jelas sekali keterangan itu!" katanya, yang menerajui ketua kumpulan pendakwaan terhadap ketua pembangkang.

Dalam majlis penerangannya bulan lalu, Shafee pernah menyebut keterangan yang sama tetapi semakan mendapati tiada keterangan seumpama itu dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi.

Dalam ceramah pertamanya dalam siri jelajahnya pad 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Anwar, Shafee berkata: "Anwar mencubit-cubit dia punya puting".

Shafee menceritakan perkara itu, yang didakwanya berlaku sebelum kejadian liwat, kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang disiarkan secara langsung melalui Internet.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mempertahankan hak peguam itu menceritakan kes itu kepada orang awam.

Malaysiakini menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup (in camera) itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit disebut.
         
Satu-satunya bahagian yang menyebut tentang puting Saiful dalam kes itu ialah apabila doktor Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan menggunakan swab kapas untuk mendapatkan sampel dari putingnya.


Tiada ulasan: