Isnin, 16 Mac 2015

Semua rakyat Malaysia dalam keadaan bahaya akibat 1MDB

 
 
1MDB telah memberi kesan terhadap penyusutan mata wang Ringgit Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pasaran saham


lim guan eng4


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyalahkan kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai pendedahan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya Guan Eng menyarankan Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah 1MDB itu sendiri.

Sebelum ini Najib telah memfailkan tuntutan fitnah di mahkamah terhadap Tony Pua di atas komen mengenai 1MDB.

Berucap di dewan rakyat hari ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata jika masalah 1MDB tidak diselesaikan, kesemua rakyat Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya.

Guan Eng juga berpandangan 1MDB telah memberi kesan terhadap penyusutan mata wang Ringgit Malaysia dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pasaran saham.

“Sebelum ini, banyak pelabur berasa bimbang dengan hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat yang telah meningkat dari RM266 juta pada 2007 kepada RM582 bilion pada akhir 2014,” katanya.
Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah rakyat Malaysia mempunyai kuantiti tertinggi dalam hutang isi rumah.

“IMDB ini tentunya akan menjejaskan pasaran saham di Kuala Lumpur dan ini juga memberi amaran untuk pelabur di Malaysia,” katanya lagi.

Lim juga membuat perbandingan dengan keadaan kewangan negara jiran seperti Thailand. Walaupun mereka sedang menghadapi krisis politik, tetapi mereka mempunyai mata wang yang lebih sihat dan teguh berbanding Ringgit Malaysia.

“Kenapa kita mempunyai mata wang Ringgit Malaysia yang lemah,” soal Guan Eng.

Tiada ulasan: