Ahad, 22 Mac 2015

Polis akan siasat Aisyah dan yang ugut

MALAYSIAKINI



 
 
 
Polis hari ini berkata ia akan menyiasat ancaman terhadap penyampai BFM Aisyah Tajudin berhubung video parodinya yang mengkritik keutamaan kerajaan Kelantan berkaitan hudud, tetapi Aisyah juga akan turut disiasat.
 
"PDRMsia akan siasat kedua2 pihak, Penyiar BFM dan yg ugut Penyiar.

"Penulis Skrip Penyiar juga akan di panggil," tulis Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter hari ini.
 
Semalam, Aisyah menerima ancaman rogol dan bunuh di media sosial selepas satu video parodi di BFM tersebar luas di Internet.
 
BFM telah menarik balik video berkenaan dengan menyatakan bahawa ia tidak bertujuan menghina hudud tetapi hanya untuk mengemukakan soalan yang sah mengenai pelaksanaannya.
 
Stesen radio itu juga menjelaskan bahawa Aisyah tidak bertanggungjawab terhadap skrip video itu dan hanyalah penyampainya sahaja.
 
 

Tiada ulasan: