Selasa, 24 Mac 2015

PAS sebagai model gerakan Islam

 


DETIK DAILY


PAS sering melihat dirinya sebagai diinspirasikan atau ditubuh dan bergerak berdasarkan model kepada gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang lahir di Mesir dan kin
i bergiat di seluruh dunia Arab.

Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai sebuah gerakan Islam yang unggul kerana melahirkan ramai tokoh yang dikenali dan dibicarakan hingga kini seperti Hassan al- Banna dan Sayyid Qutb, dan lainlain lagi.

Ini ditambah lagi dengan tradisi sejak lama dulu, PAS mengambil banyak sumber tarbiyah dan wacana agama dan politik daripada Ikhwanul Muslimin. PAS juga mempunyai pemimpin mursyidul am yang juga diambil daripada model Ikhwan, walaupun PAS melaksanakannya dengan konsep yang berbeza.

Hasilnya, PAS berasa amat dekat dengan Ikhwanul Muslimin dan rasa dekat dan kasih itu dapat dilihat begitu kuat hingga mampu mengatasi apa yang dirasai oleh warga Mesir sendiri.

Sepanjang berlangsung kebangkitan di Mesir, PAS memerhati dengan penuh minat perkembangan di sana; kebangkitan rakyat, peranan Ikhwan, kejatuhan Hosni Mubarak, dan usaha Ikhwan menyertai dan bertanding dalam politik.

Kejayaan Ikhwan dikongsi sebagai satu kejayaan bersama gerakan Islam, dan malang yang menimpa Ikhwan dirasai bersama walaupun dari jauh beribu batu di sebuah benua lain.

Pada masa yang sama, perhatian seluruh dunia daripada kerajaan- kerajaan Barat hingga kepada para akademik terhadap Ikhwanul Muslimin mengangkat kumpulan ini hingga menjadi sangat terkait dan mentakrifkan gerakan Islam yang berjuang dalam medan politik.

Hal ini menjadikan banyak pihak termasuk PAS melihat Ikhwan sebagai satu model dan sesetengahnya berasa PAS berada di belakang Ikhwan dari pelbagai sudut melibatkan politik gerakan Islam.

Hakikatnya, PAS sendiri mempunyai satu pengalaman panjang yang menarik dan kini telah memunculkannya sebagai sebuah gerakan Islam yang matang dan boleh dijadikan model dalam beberapa bidang.

PAS telah terlebih dahulu melalui pengalaman melalui pilihan raya demokratik – walaupun ada kecacatannya – serta pengalaman politik dan pentadbiran sejak berdekad lalu dengan memerintah beberapa buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Di bawah pimpinan Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS turut me ngambil peranannya dalam politik umat dan gerakan Islam seluruh dunia, dengan Tuan Guru Abdul Hadi sendiri memainkan peranan se bagai seorang pemimpin penting gerakan Islam sedunia.

Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang diadakan di Terengganu kali ini menampakkan lagi kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang boleh dijadikan model. PAS hakikatnya telah banyak membuktikan kemampuannya sebagai gerakan Islam contoh dan bukan lagi gerakan yang mencari-cari model untuk diikuti.

Tiada ulasan: