MALAYSIAKINI
Ahli parlimen Lembah Pantai yang berhasrat menyampaikan ucapan ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilarang mewakili bapanya.
Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah Anwar memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.
"Kita sudah putuskan bahawa ucapan Yang Berhormat adalah ucapan Yang
Berhormat, bukan mewakili ketua pembangkang," kata Timbalan Speaker
Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kepada Nurul.
Jika dibenarkan hadir di Parlimen hari ini, Anwar dijadual berucap dalam
perbahasan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang berkenan
mencemar duli membuka persidangan semalam.
Ucapan
Anwar seharusnya disampaikan selesai sesi soal jawab pagi ini tetapi
Dewan memutuskan untuk memanggil wakil kerajaan Datuk Seri Noh Omar
(BN-Tanjong Karang) menggantikan tempatnya.
Anwar, walaupun masih seorang anggota Dewan Rakyat, tidak dibenarkan hadir sidang parlimen kali ini.
Beliau masih kekal jawatan itu selepas memohon pengampunan diraja setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Sewaktu membacakan ucapan Anwar, ahli parlimen Lembah Pantai menggunakan
peluang itu untuk menegaskan pendirian bapanya bahawa beliau tetap
tidak bersalah atas jenayah liwat yang disabitkan ke atasnya.
"Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.
"Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
"Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh
mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis mengenai keputusan yang cuma
selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, malah sebelum
hukuman dijatuhkan.
"Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik,
hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti
badan kehakiman.
"Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani
mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan," kata
Nurul Izzah, memetik teks ucapan Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan