Rabu, 25 Mac 2015

Azmin: PR perlu benar Hadi beri penjelasan

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) perlu memberi peluang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan ketegasan parti Islam itu melaksanakan Undang-Undang Hudud.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata PR perlu berlaku adil kepada Abdul Hadi dan membenarkannya memperincikan pendirian PAS untuk tetap melaksanakan hudud meskipun timbul perbezaan pendapat.

PAKATAN RAKYAT“Saya rasa kita boleh selesaikan masalah berbangkit ini melalui perbincangan kerana itulah semangat PR.

“Saya rasa Hadi perlu hadir dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR untuk menjelaskan isu yang dibangkitkanJawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dan PKR sebelum ini bagi mengetahui kenapa keputusan itu diambil bersendirian, bukan secara sepakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Perasmian Program Hijrah di Selangor di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.

Mohamed Azmin yakin tidak akan berlaku perpecahan dalam gabungan PR dan segala masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

“Sebahagian besar ahli PAS pun mahu PR diteruskan, apa-apa pun bincanglah kerana kekuatan PR sentiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat,” katanya lagi.EZY


Tiada ulasan: