Kira-kira 30 ahli PERKASA mengadakan dua
protes terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung
kenyataannya bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di
negeri ini.
Protes itu diadakan di Kampung Rawa dan Komtar selepas solat Jumaat hari ini.
Mereka menuntut polis menyiasat dan menangkap ketua menteri itu serta
mendesak exco negeri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Abdul
Malik Abul Kassim supaya meletakkan jawatan.
Peserta protes itu turut membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "Allah just for Muslims, Fight No Fear".
Semalam, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan memansuhkan Seksyen 5
Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang atau mana-mana enakmen yang lain,
kerana ia tidak terikat kepada bukan Islam.
"Malah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 turut menyokong kenyataan saya, di mana Seksyen 49(1) Enakmen terbabit menyatakan bahawa sesuatu fatwa adalah mengikat ke atas setiap orang Islam di dalam negeri…, tanpa menyebut orang bukan Islam, jelas mengehadkannya kepada orang Islam sahaja," kata Lim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan